HIBURAN
BTS Umum Comeback Album Penuh, Konsert Jelajah Tahun Depan
Kumpulan K-Pop terkenal, BTS mengumumkan mereka bakal melakukan kemunculan semula dan merancang untuk mengadakan konsert jelajah dunia pada tahun hadapan.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh ketua kumpulan, RM menerusi satu siaran langsung di platform Weverse baru-baru ini.
Katanya, mereka kini sedang memberi fokus sepenuhnya terhadap persiapan album terbaru yang akan dirakam di Amerika Syarikat bermula bulan ini.
“Kami sedang memberi tumpuan dengan bersungguh-sungguh kepada pengkaryaan muzik.
“Album kumpulan kami benar benar akan dikeluarkan pada musim bunga akan datang dan peminat tidak perlu menunggu sehingga bulan Julai atau Ogos,” katanya.
Tambahnya lagi, mereka juga sudah merancang untuk melakukan konsert jelajah bersama sama dengan pelancaran album baharu mereka.
“Kami juga sedang merancang jelajah dunia seiring dengan pelancaran album baharu ini. Kami akan mengunjungi peminat di seluruh dunia, jadi kami harap anda semua teruja seperti kami,” kongsinya lagi.
Terdahulu, BTS telah melancarkan album penuh mereka berjudul PROOF pada Jun 2022 serta mereka juga sempat melakukan persembahan terakhir mereka di Busan, Korea pada bulak Oktober 2022 sebelum mereka semua menjalani latihan ketenteraan.
Must-Watch Video