,
Laman Utama

#Foodieslife: Penggunaan Air Fryer Boleh Menyebabkan Kanser?

Izwan Isa
27/03/2022
10:23 MYT
Sejak akhir-akhir ini, ramai memilih untuk menyediakan makanan menggunakan penggoreng udara atau air fryer. Namun, adakah anda pasti menggoreng makanan dengan air fryer akan menjadi lebih sihat dan tidak memiliki risiko?
Difahamkan, makanan yang digoreng dalam penggoreng udara mempunyai kandungan lemak yang lebih rendah berbanding cara penggorengan biasa. Melihatkan hal ini, sudah tentu makanan yang kita masak dianggap lebih sihat. Tetapi itu tidak bermakna memasak dengan air fryer tidak mempunyai risiko.
Pakar telah menunjukkan bahawa makanan yanng dimasak menggunakan penggoreng udara mampu mencetus ketoksikan penyebab kanser. Dikutip daripada Medical News Today, cara penggorengan udara berfungsi adalah serupa dengan ketuhar atau pembakar roti.
Alat ini berfungsi dengan bergantung kepada kuasa elektrik untuk mencipta dan menyebarkan haba di ruang udara yang menyelubungi semua bahagian makanan.
Jadi, proses ini boleh menjadikan makanan masak lebih cepat dan mempunyai tekstur yang rangup tanpa menggunakan atau dengan sedikit minyak.
Seperti kebanyakan kaedah memasak lain, penggoreng udara boleh mencetuskan tindak balas kimia yang dipanggil reaksi Maillard. Maillard ialah sejenis tindak balas bukan enzim akibat haba yang kesannya boleh mengubah warna, aroma dan rasa makanan.
Disebabkan haba yang disetkan tinggi ketika memasak, penggoreng udara juga boleh menghasilkan pembentukan sebatian akrilamida - yakni sebatian yang dikaitkan dengan beberapa risiko kanser seperti kanser endometrium, ovari, pankreas, payudara hingga esofagus.
Memasak dalam penggoreng udara mencetuskan bukan sahaja akrilamida, tetapi juga hidrokarbon aromatik polisiklik dan amina heterosiklik yang dihasilkan daripada semua masakan daging pada suhu tinggi.
Memetik laporan Kompas yang berdasarkan National Cancer Institute, kedua-dua sebatian ini mempunyai hubungan dengan risiko kanser.
Walau bagaimanapun, pakar mencadangkan makan lebih banyak makanan berkhasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran dan buah-buahan, dan mengehadkan pengambilan makanan bergoreng.
Foto kredit: National Cancer Institute (Unsplash)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Nusantara

Baru Dua Minggu Kahwin, TikToker Shella Selpi Meninggal Dunia Kerana Kanser

gempak
31/08/2024
11:50 MYT
Pengikut seorang TikToker Indonesia yang terkenal dalam kalangan pengguna media sosial kerana sangat gigih berjuang melawan penyakit kanser yang dihidapi sejak tiga tahun lalu berduka selepas wanita itu meninggal dunia pada Jumaat lalu.
Hiburan

Mula Jalani Kemoterapi, Elyana Kurang Senang Netizen Sering Tanya Soal Kanser – “Bila Ada Yang Tak Kena, Orang Maki Hamun Saya”

gempak
20/07/2024
05:25 MYT
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Elyana atau nama sebenarnya, Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkongsi momen dia di hospital bagi menjalani rawatan tersebut.
Berita

Bedak Talkum Boleh Sebabkan Kanser - IARC

gempak
10/07/2024
13:55 MYT
Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa (IARC) telah mengklasifikasikan talkum yang wujud secara semula jadi sebagai berkemungkinan karsinogenik kepada manusia (Kumpulan 2A).
Berita

Hidap Kanser, Hasrat Warga Emas Meninggal di Tanah Suci Termakbul

gempak
28/06/2024
03:01 MYT
Warga emas, Abd Wahab Ramli, 60, yang meninggal dunia di Tanah Suci pada Selasa lepas kerana menghidap kanser periampullary tahap empat pernah menyuarakan hasrat untuk meninggal dunia di Mekah.
Hiburan

Azharina Didiagnosis Hidap Kanser, Bakal Dibedah - “Kalau Sakit Tentulah Saya Akan…”

gempak
26/06/2024
08:55 MYT
Penyanyi Azharina Azhar, 39, mendedahkan dia menghidap kanser bagaimanapun masih belum dapat berkongsi lebih lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.