,
Laman Utama

#Foodieslife: Gong Cha Tawar Minuman Berharga 1 Sen! Nak Tahu Cara Mendapatkannya? Mudah Sahaja…

Izwan Isa
08/10/2022
02:50 MYT
Dalam zaman yang serba ‘mahal’ ini, apakah yang boleh kita dapatkan dengan wang sebanyak 1 sen? Kedengaran seperti mustahil, tapi anda boleh mendapatkan satu cawan minuman Gong Cha dengan harga tersebut bermula 7 hingga 21 Oktober depan.
Promosi ini berlangsung sempena dengan tayangan drama siri Astro Originals One Cent Thief yang sudah pun menemui penonton bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Gong Cha, Billy Koh berkata, dia berharap agar kolaborasi ini dapat mencetuskan sinergi luar biasa baik untuk penonton Astro mahupun pelanggan setia Gong Cha.
“Jenama minuman Gong Cha sudah berada di pasaran 11 hingga 12 tahun lamanya. Justeru, sebagai jenama minuman, kolaborasi ini sebagai satu peluang yang baik buat jenama kami dan juga Astro.
“Sinergi yang ada membolehkan penonton Astro datang ke outlet kami untuk mendapatkan minuman dan dalam masa yang sama pelanggan kami turut boleh menyaksikan drama One Cent Thief apabila mereka membeli produk kami di pasaran,” katanya kepada Gempak.
Bagaimanakah anda boleh membeli minuman Gong Cha dengan harga 1 sen secawan? Caranya mudah sahaja:
-Ikuti Instagram Gong Cha Malaysia -Like dan share posting yang ada di Instagram Gong Cha Malaysia. Jangan lipa hashtag #OneCentThief -Tunjukkan posting yang telah direpost -Bayar hanya 1 sen untuk minuman anda
Terma dan syarat seperti berikut:
-Terhad untuk 1,000 cawan setiap hari -Terhad bagi satu cawan minuman untuk satu pelanggan sahaja -Minuman percuma hanya untuk yang berharga paling rendah -Tidak termasuk minuman bermusim dan smoothies -Anda perlu menunjukkan telefon bimbit anda kepada kakitangan Gong Cha untuk pengesahan
One Cent Thief disiarkan bermula 8 Oktober, setiap Sabtu, jam 9 malam. Buat pertama kalinya drama premium di bawah jenama Astro Originals akan ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa iaitu Astro Ria HD (saluran 104), Astro Vinmeen HD (saluran 202), Astro Shuang Xing De (saluran 307) dan PRIMEtime (saluran 704).
Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baharu seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12 tengah malam menerusi strim di platform Astro Go atau On Demand.
One Cent Thief dibintangi oleh Syafiq Kyle, Faizal Hussein, Azira Shafinaz, Sofia Jane, Amerul Affendi, Fabian Loo, Aghonderan Sahadevan, Carmen Soo, Sathisvaran Magesvaaran, Rubi Rubini, Amir Nafis, Fadhli Masoot, Zain Hamid, Aleza Shadan, Syed Irfan dan Airiezara Jasmin.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah