,
Laman Utama

#FOODIESLIFE: Diet Ekstrem Chris Pratt Melibatkan Minum Air Banyak, Ini Kata Pakar - “Punca Berlakunya…”

Izwan Isa
01/10/2023
13:50 MYT
Pelakon Hollywood, Chris Pratt pernah mengejutkan peminat apabila muncul dengan tubuh sasa saat membintangi filem Guardians of the Galaxy pada 2014.
Menerusi temu bual sebelum ini, Chris mendakwa yang dia mengambil 4,000 kalori setiap hari bagi menyediakan dirinya untuk filem berkenaan.
Selain itu, menurut jurulatih Chris, pelakon itu juga diwajibkan untuk minum air dalam kuantiti yang banyak, sekitar 30 milimeter air untuk setiap 2.2 kilogram berat badannya.
"Saya buang air kecil sepanjang hari, setiap hari," kongsi menantu Arnold Schwarzenegger itu.
Tidak jelas berapa banyak air yang harus diminum oleh pelakon itu untuk menurunkan berat badannya.
Bagaimanapun, Dr. Ryan Marino, pakar kesihatan dari University Hospital di Cleveland percaya bahawa minum air dalam isipadu berlebihan boleh membahayakan tubuh.
“Itulah punca berlakunya keracunan air, yang sangat berbahaya kerana ia sangat teruk,” katanya.
Keracunan air boleh menyebabkan gejala seperti loya, muntah, kekeliruan dan akibat yang membawa maut dalam beberapa kes yang melampau.
Jika kita minum terlalu banyak air dalam tempoh yang singkat, ini boleh menyebabkan ketidakseimbangan dalam elektrolit seperti natrium dalam badan.
BACA: Kemalangan Jeremy Renner Buat Chris Hemsworth Fikir Tentang Mati​
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Ibu Hamil Boleh Makan Udang? Ini Penjelasannya

gempak
11/08/2024
13:55 MYT
Adakah wanita yang sedang mengandung boleh menikmati makanan laut itu? Ini penjelasannya:
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Makanan Yang ‘Dicemari Rambut’ Manusia Boleh Dimakan Atau Tidak? Ini Penjelasan Pakar

gempak
23/07/2024
14:55 MYT
Kita kerap mendengar tentang kes pengguna terjumpa helaian atau gumpalan rambut dalam makanan.
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

gempak
18/02/2024
13:55 MYT
Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

gempak
16/02/2024
14:55 MYT
Sepanjang cuti Tahun Baharu Cina ini, sudah pastinya kita begitu teruja untuk menikmati buah limau mandarin
Terkini

#FOODIESLIFE: Lepas Kek Tapak Kuda, Kini Hadir Pula Kek Tapak Gajah? Netizen Cemas Pengguna Tak Hirau Kandungan Gula Dalam Makanan!

gempak
20/01/2024
08:55 MYT
Tular pula Kek Tapak Kuda yang saizkan berganda daripada saiz asal. Lebih menarik, pencuci mulut itu diberi gelaran Kek Tapak Gajah