GAYA HIDUP
#FoodiesLife: Berbuka Puasa Dalam Suasana Kebun, Bufet Ramadan Farmer's Village Serendah RM55 Seorang! - "Ada Lebih 50 Menu Dari Bahan Segar"
Meneruskan kejayaan tahun lalu, port makan berkonsepkan suasana dalam kebun, Farmer's Village kembali dengan bufet Ramadan yang lebih menarik dan meriah tahun ini!
Bermula dari 2 Mac hingga 13 April, bufet Ramadan di Farmer's Village menyajikan lebih daripada 50 jenis hidangan dalam suasana desa yang nyaman, sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga dan sahabat handai.
Bufet Ramadan lebih 'Kaw' dengan Restoran Kaw Kaw
Menurut pengasas Farmer’s Village, Datuk Peter Ng Thean Lai, pihaknya berkolaborasi dengan Restoran Kaw Kaw bagi menyediakan juadah lebih istimewa sepanjang Ramadan kali ini."Kami menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang lebih ‘kaw’! Dengan ruang ballroom yang lebih luas, lokasi ini mampu menampung sehingga 1,200 orang.
"Selain menjamu selera dengan harga yang sangat berpatutan, pengunjung juga boleh melawat kawasan ladang seluas 10 ekar yang terdiri daripada pelbagai tarikan sambil menikmati pemandangan hijau yang mendamaikan.
"Pada tahun lalu, ramai pengunjung dari pelbagai kaum datang berbuka bersama dan tahun ini, Farmer’s Village mengekalkan semangat muhibbah dengan mengalu-alukan semua untuk turut serta sehingga sambutan Aidilfitri nanti," katanya.
.jpg)
.jpg)
Harga berbaloi
Sementara itu, Pengarah Urusan Farmer's Village, Shirley Chong Shir Ting, menekankan bahawa pihaknya menawarkan harga yang sangat berpatutan bagi memastikan lebih ramai dapat menikmati pengalaman berbuka di sini."Jika tempah awal dalam tempoh lima hari sebelum, pengunjung akan mendapat potongan harga serendah RM55 sekepala daripada harga asal RM88. Untuk tempahan berkumpulan (10 orang ke atas), setiap individu akan mendapat percuma sekali lagi makan bufet.
"Setiap hari, Farmer’s Village mensasarkan kehadiran 500 pax, tetapi harapannya lebih ramai, mencecah 800 orang sehari dengan pakej kumpulan yang menarik.
"Uniknya, bahan-bahan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan ditanam sendiri di ladang. Ini memastikan setiap hidangan bukan sahaja enak tetapi juga berkualiti tinggi," tambahnya.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Menu tradisional
Bagi Pengarah Restoran Makan Kaw Kaw, Sally Ng Siew Khim, pihaknya menyediakan pasukan seramai 15 orang yang terdiri daripada cef dan kru berpengalaman untuk memastikan makanan yang disajikan berkualiti tinggi dan lazat."Menu berbuka di Farmer’s Village merangkumi pelbagai hidangan tradisional yang menyelerakan antaranya Ayam Ungkep, Ayam Masak Merah, Gulai Kawah, Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.
"Bufet ini juga dibuka sehingga 10.30 malam, memberi ruang kepada pengunjung untuk berbuka dengan santai dan menikmati pelbagai hidangan dengan sepuas hati," tambahnya.
.jpg)
Selain menjamu selera, Farmer’s Village turut menyediakan persembahan busking, pertunjukan khas serta cabutan bertuah setiap malam, menjadikan pengalaman berbuka lebih meriah dan menghiburkan.
Bagi yang ingin lebih kepuasan, boleh mencuba Ramadan Kombo Set berharga RM150, lengkap dengan hidangan istimewa untuk kumpulan yang lebih besar.
Bukan sekadar bufet Ramadan!
Farmer’s Village bukan hanya menyajikan bufet Ramadan! Sepanjang tahun, mereka menawarkan pelbagai hidangan istimewa, terutamanya berasaskan masakan Cina Muslim, termasuk Uncle Farmer Chicken, Sup Sirip Ikan (Shark Fin Soup), Sup Ayam Kelapa dan seafood segar.Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman berbuka puasa yang unik di Farmer’s Village 2025.
.jpg)
Tempah awal untuk mendapatkan harga terbaik dan nikmati suasana desa yang menenangkan bersama yang tersayang!
.jpg)
Must-Watch Video