,
Gaya Hidup

#FOODIESLIFE: 4 Kesan Buruk Jika Anak-Anak Suka Minum Minuman Manis

Izwan Isa
18/02/2024
13:55 MYT
Anak-anak cukup sinonim dengan minuman manis, lebih-lebih lagi minuman dengan pelbagai perisa dan warna. Namun, sedar atau tidak, pengambilan gula yang berlebihan oleh anak-anak boleh menyebabkan beberapa masalah.

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Kurangkan Kesan Batuk Lepas Banyak Makan Limau

Jika tidak diatasi, masalah-masalah itu akan memberi impak negatif terhadap kesihatan anak-anak. Berikut merupakan beberapa kesan buruk yang mungkin dialami oleh si kecil jika mengambil gula pada kadar berlebihan.
Hilang selera makan Dr I Gusti Ayu Nyoman Pratiwi berkata, anak yang terbiasa makan dan minum minuman manis cenderung hilang selera makan atau pun cepat kenyang.
“Anak yang minum manis bakal mengundang banyak masalah, salah satunya daripadanya selera makan menurun dan berasa sentiasa kenyang. Hal ini kerana, kadar gula dalam darahnya meningkat,” jelas Dr Pratiwi.
Munculnya kaviti pada gigi Selain mengurangkan rasa lapar, pengambilan minuman bergula mampu meningkatkan potensi munculnya karies pada gigi. Karies gigi merupakan kerosakan pada gigi yang berlaku secara bertahap.
“Tabiat minum air manis tidak disertakan dengan rutin menggosok gigi boleh mengundang masalah karies pada gigi,” katanya lagi.
Justeru, Dr Pratiwi berpesan supaya ibu bapa menanamkan kepentingan rutin menggosok gigi pada anak-anak selepas menikmati makanan dan minuman manis.
Sugar rush Istilah sugar rush sering dikenal sebagai keadaan seseorang akan menjadi lebih aktif setelah menikmati makanan atau minuman manis.
“Anak yang sering makan manis akan menjadi lebih aktif, bahkan kadang-kadang menjadi susah untuk tidur. Akibatnya anak boleh menjadi penat,” tambah Dr Pratiwi.
Sakit tekak “Hal ini terjadi pada anak yang sensitif terhadap rasa manis sehingga mereka cenderung mengalami inflamasi di tekak, sehingga terjadinya batuk,” kongsinya lagi.
Sumber: Kompas

BERITA TRENDING: #FOODIESLIFE: Pakar Perubatan Terangkan Side Effects Yang Mungkin Dialami Kalau Kita Makan Salji

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Macam Kakak & Adik” - Penampilan Vanida Imran & Anak Perempuan Raih Pujian Netizen

gempak
24/11/2024
03:50 MYT
Sepotong video memaparkan pelakon, Vanida Imran bersama anak perempuan, Maryam Rashika berjaya meraih perhatian netizen.
Hiburan

Ummi Nazeera Sibuk Di Set ‘Andai Tiada Dia’, Hargai Suami Ambil Alih Tugas Jaga Anak Selama 3 Bulan – “It Makes Me So Happy”

gempak
22/11/2024
15:50 MYT
Pelakon Ummi Nazeera mencuri tumpuan warga maya apabila menzahirkan rasa terima kasih buat suami tercinta Dr Izzar Anwari.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Hiburan

“Jangan Hidup Atas Kesusahan Orang Lain” - Idzham Ismail Pesan Ibu Bapa Kena Utamakan Tanggungjawab Pada Anak

gempak
21/11/2024
12:50 MYT
Pelakon Idzham Ismail mengingatkan setiap ibu bapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak tanpa menyusahkan orang lain.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar