,
Laman Utama

Floor 88 Tak Fikir Panjang, Terus Terima Lamaran Kolaborasi Wali Band! - "Mereka Rujukan Kami Dari Bangku Sekolah Lagi"

Amri Hassan
06/04/2023
11:30 MYT
Selepas hampir enam tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur, undangan menjayakan konsert Dream Festival Collaboration Vol.2 disifatkan kumpulan popular Indonesia, Wali Band sebagai ruang untuk kembali menyantuni peminat Malaysia yang terus setia menyokong perjuangan mereka.
Pemain dram Wali Band, Ihsan Bustomi atau Tomi dalam sesi sidang media secara virtual pada Selasa berkata, mereka terharu apabila kembali meraih kepercayaan untuk beraksi di Kuala Lumpur, selain teruja dapat berkongsi pentas dengan kumpulan sedang meniti populariti di Malaysia iaitu Floor 88.
Dream Festival Collaboration Vol. 2 akan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Mei depan, menyaksikan Wali Band bakal beraksi selama satu setengah jam membawakan pelbagai pilihan lagu popular dan terbaru mereka.
“Jika ditanya mengenai persiapan, kami masih meneliti senarai lagu yang menjadi kegemaran peminat di Malaysia. Kami turut mendapatkan pandangan peminat, terutama di media sosial mengenai lagu yang disukai mereka.
“Dari situ, kami akan rangka konsep persembahan yang bersesuaian untuk memberi kepuasan kepada peminat di sana, apatah lagi kami sudah hampir enam tahun tidak beraksi di Kuala Lumpur,” katanya.
Selain Tomi, Wali Band yang sebelum ini dikenali sebagai Fiera turut dianggotai Farhan Zainal Muttaqin atau Faank (vokalis), Aan Kurnia (Apoy/gitaris) dan Hamzah Shopi (Ovie/keyboard).
Memulakan karier seni pada 1999, populariti Wali Band membawa mereka mengembara ke rantau Asia, termasuk Korea Selatan, Taiwan dan Hong Kong untuk mengetengahkan muzik mereka.

Bangga kongsi pentas dengan Floor 88

Mengulas kolaborasi bersama Floor 88, Tomi berkata, Wali Band berbangga dapat berkongsi pentas dengan kumpulan pemuzik hebat Malaysia yang populariti mereka turut menular di Indonesia.
“Lagu Floor 88 tidak asing bagi kami dan peluang bertemu serta bersilaturahim menerusi Dream Festival Collaboration Vol.2 ini kami anggap sebagai penghargaan besar. Kami senang sekali dapat bekerjasama dengan band yang paling hype di Malaysia ini.
“Pastinya, kami akan berkolaborasi dengan mereka di atas pentas nanti. Apa yang penting, lagu yang dipilih nanti akan membuatkan peminat yang datang senang dan puas melihat persembahan kami,” katanya.
Wali Band yang bakal mempersembahkan sekitar 15 hingga 17 lagu popular juga berharap Dream Festival Collaboration Vol.2 yang turut mendapat sokongan Suria FM sebagai stesen radio rasmi akan menjadi acara yang meriah serta menghiburkan peminat di negara ini.
Antara lagu popular Wali Band termasuk Doaku Untukmu Sayang, Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang dan Ada Gajah Di Balik Batu.

Peluang emas bersama Wali Band

Sementara itu, Floor 88 pula menyifatkan, tawaran untuk beraksi bersama Wali Band sebagai peluang keemasan, apatah lagi karya kumpulan popular Indonesia itu sentiasa menjadi rujukan mereka.
“Kami bersyukur terpilih untuk berkongsi pentas dengan nama besar seperti Wali Band. Ini peluang keemasan buat kami menimba pengalaman dengan kumpulan yang sudah 24 tahun bertahan dalam industri muzik.
“Sudah tentu kami tidak sabar bertemu pemuzik yang menjadi rujukan kami sejak di bangku sekolah lagi. Berkongsi pentas bersama mereka adalah penghormatan besar dan kami akan buat yang terbaik untuk konsert itu nanti,” kata vokalisnya, Ayie.
Selain Ayie, Floor 88 turut dibarisi Eric Fuzi (keyboard), Achoi (gitar), Falique (bass), Akram (dram) dan Amir (gitar kedua).

Tak fikir panjang

Eric pula berkata, disebabkan terlalu teruja, mereka terus memberikan kata persetujuan sebaik sahaja menerima pelawaan untuk beraksi bersama Wali Band.
“Ramai yang menanti kemunculan mereka di sini. Pastinya menerusi kolaborasi ini, kami berharap ia akan memberi impak baharu terhadap industri muzik Malaysia dan Indonesia.
“Muzik itu universal dan menjadi penyambung manusia sejagat. Apatah lagi, muzik yang dibawakan Wali Band dan Floor 88 tidak jauh beza apabila menyatukan unsur humor dan mesej yang jarang diketengahkan pemuzik lain,” katanya.
Bagi Pengarah Projek DreamFestWorld, Rama Ananda Ambri berkata, Dream Festival Collaboration menjadi titik penting buat pengkarya muzik Malaysia dan Indonesia apabila mengetengahkan gandingan nama popular dan berpotensi besar dari dua negara beraksi di atas satu pentas.
Rama Ananda atau mesra disapa Anda berkata, besar harapan mereka untuk melihat Dream Festival Collaboration menjadi sebuah jenama yang utuh, sekali gus meraikan karya hebat pemuzik serantau.
Sehubungan itu, katanya, mereka menyimpan impian besar untuk membawa bakat dari Malaysia beraksi dalam siri persembahan Dream Festival di Indonesia kelak.
“Kami berharap inisiatif yang digerakkan Inspire IDN ini dapat meninggalkan memori indah, sekali gus memberikan apresiasi terhadap usaha pengkarya seni kedua-dua negara menerusi perkongsian idea dan persembahan," katanya.
Tiket untuk menyaksikan persembahan Dream Festival Collaboration Vol. 2 - Wali Band dan Floor 88 dijual pada harga RM198 (Festival), RM298 (Kategori 2), RM358 (Kategori 1) dan RM5,088 (VIP Box) serta boleh ditempah menerusi laman: ticket2u.com.my.
"Sebagai tanda penghargaan, peminat turut berpeluang mendapatkan tiket pada harga istimewa dengan menyertai Dreamers Club Telegraph. Layari laman Instagram: @dreamfestworld dan ikuti beberapa langkah untuk mendaftar sebagai ahli kelab Dreamers bagi mendapatkan pelbagai promosi menarik serta perkembangan terkini acara anjuran DreamFest di Malaysia serta Indonesia," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Hiburan

Aina Abdul Janji Semua Boleh Duduk - "Saya Mahu Peminat Benar-Benar..."

gempak
22/11/2024
21:02 MYT
Penyanyi dan komposer berbakat besar, Aina Abdul yang bakal mengadakan konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Disember ini akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya.
Hiburan

Hael Husaini & Nadeera Bakal Terbang Ke Indonesia Harumkan Nama Negara

gempak
22/11/2024
13:53 MYT
Dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, Hael Husaini dan Nadeera akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29).
Terkini

“Satu Hari nanti Jika Sesuai…” - Belum Masa Untuk Buat Konsert, Dayang Nurfaizah Mahu Fokus Album

gempak
22/11/2024
09:55 MYT
Perjalanan seni penyanyi, Dayang Nurfaizah kini sudah berusia 25 tahun.
Unitar