gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Lip Sync Pun Dah Handsome” - Netizen ‘Jatuh Cinta’ Dengan Zaki Yamani
HIBURAN
Dikecam Dakwa ‘Car Seat’ Bayi Tak Selamat, Suami Tampil Pertahankan Atikah Suhaime - “Kalau Kalian Tak Suka, Saya Akan…”
RANCANGAN
Gempak Movie Night Out: Tiket Tayangan Perdana Filem Jalan Pulang
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."

Firdaus
Firdaus
23/09/2024
05:25 MYT
Sponsor Banner
Fizz Fairuz Jernihkan Persoalan Tentang Jantina Anak Kelima! - "Kami Telah Dikurniakan..."
Pelakon dan penyampai radio, Datuk Fizz Fairuz selamat menimang cahaya mata kelima, baru-baru ini.
Bagaimanapun, jantina anak kelimanya itu sebelum ini dirahsiakan membuatkan ramai yang mencipta spekulasi bahawa cahaya mata aktor tersebut adalah seorang lelaki.

Dedah Jantina Anak

Susulan itu, demi menghentikan khabar angin, Fizz menerangkan dia telah dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan dan selamat dilahirkan pada Rabu lalu.

"Kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima...

"Alhamdulillah, kami terima banyak ucapan dan doa daripada peminat. Malah ada yang cakap akhirnya dikurniakan anak lelaki.
"Tapi hari ini biarlah saya maklumkan, kami telah dikurniakan anak perempuan yang kelima," katanya.
Mengulas lanjut, Fizz turut meluahkan rasa syukur kerana segala urusan berhubung kelahiran dipermudahkan dan isterinya, Almy Nadia berada dalam keadaan baik dan kini sedang menjalani tempoh berpantang.
"Kalau nak diikutkan tarikh Almy dijangka bersalin adalah pada 6 Oktober depan. Namun bayi kelima kali lahir lebih dua minggu awal secara normal.
"Syukur semuanya dipermudahkan. Meski dua tiga minggu sebelum kelahiran, Almy mengalami sakit di bahagian bawah perut kerana kedudukan bayi yang sudah ke bawah sehingga dia sering keluar masuk hospital.
"Ketika itu, dia belum boleh bersalin lagi kerana bayi baru berusia 35 minggu. Setiap kali rasa sakit, doktor akan berikan ubat demi memastikan keselamatan bayi dalam perut.
"Jadi bila kandungan sudah masuk minggu ke-37 dan kami sekali lagi ke hospital untuk buat pemeriksaan, didapati sudah ada bukaan sebanyak 2 sentimeter," ujarnya.

BERITA TRENDING: Fizz Fairuz, Almy Nadia Selamat Timang Anak Kelima

​BERITA TRENDING: Isu Majlis Graduasi Sekolah Di Hotel, Fizz Fairuz: “Beli Bag, Kasut Mahal Boleh Takkan Untuk Anak Berkira”

​BERITA TRENDING: Ditegur Pendakwah, Fizz Fairuz Nafi Filemnya Cerita Tentang ‘Pondan’

​​BERITA TRENDING: Kesal Dengan Kenyataan Fizz Fairuz, Seniman Tampil Jawab Tuduhan Tiada Perkeso Untuk Penggiat Seni - “Ia Sedikit Sebanyak Menjejaskan…”

Untuk info, Fizz dan Almy telah mendirikan rumah tangga pada April 2014. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, dan Nur Afrina Aisyah, 3.
Mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 15.
Topic Berkaitan
#Anak
#Fizz Fairuz
#Almy Nadia
#Cahaya Mata
#Perempuan
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement