HIBURAN
Fizi Ali Bersuara Isu Pendaftaran Sekolah Ameena, Mohon 'Belah Sana' Jangan Bawa Lari Anak - “Tak Puas Hati Kita ‘Fight’ Di Mahkamah”
Penyampai radio, Fizi Ali tampil memberi respons terhadap kenyataan bekas isterinya, mengenai isu pendaftaran persekolahan serta pihak yang mengaku sebagai penjaga utama anak mereka, Ameena Sofea.
Isteri tak terlibat
Menerusi sebuah kenyataan di Instagram (IG), Fizi menegaskan bahawa isterinya, Siti Zulaikha, tidak terlibat langsung dalam isu tersebut seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
“Yang fasal sekolah, apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung. Apa yang sebelah sana cakap semua korang percaya.
“Sebab apa? Sebab dia mak? Sebab dia perempuan? Habis itu, isteri saya? Bukan perempuan? Bukan mak? Korang buli dia macam ni?
“Mak tiri baik layan anak tiri baik korang kecam, mak tiri dera anak dia korang kecam, korang nak macam mana lagi,” tulis kenyataab tersebut.
Tak perlu merentan dalam IG
Dalam pasa itu, Fizi turut menegur tindakan pihak 'belah sana' yang meluahkan rasa tidak puas hati di IG. Menurutnya, setiap isu perlu diselesaikan mengikut undang-undang, bukan dengan merentan di media sosial.
“Sebelah sana cerita pasal hak, cari hak di mahkamah, kita ada undang-undang, bukan merentan dekat IG.
“Lepastu, hujung-hujung post jual cili oil. Jangan nampak sangat lah nak meniaga guna marketing kotor.
“Cukup lah, kalau tak puas hati kita fight di mahkamah bukan sosial media. Apa perangai macam budak-budak,” tulisnya lagi.
Jangan bawa lari anak
Lebih panas, Fizi turut mengingatkan pihak 'belah sana' bahawa Ameena bakal beraya bersamanya dan tidak membawa pergi anak mereka tanpa kebenaran.
“Confirm lepas ini mesti belah sana bawa lari anak.
“Cuma nak ingatkan, mahkamah jatuhkan anak raya belah sini.
“Harap tak bawa lari okay, saya ambil tindakan di mahkamah sahaja nanti,” tutup kenyataan itu.
Pihak 'belah sana' semalam meluahkan rasa kecewa apabila seseorang didakwa mengaku sebagai penjaga anaknya, Ameena, dan mendaftarkan persekolahan kanak-kanak itu tanpa pengetahuannya.
Selain itu, aktres itu juga mendakwa sering dihalang daripada berhubung dengan anaknya setiap kali berada di bawah jagaan pihak lain.
Must-Watch Video