HIBURAN
Fitri Haris Tampil Respons Dakwaan Berlaku Curang Terhadap Isteri - “Saya Tak Pasti Kenapa Nama Dipetik”
Nama dikaitkan dengan gosip seorang penyanyi nasyid didakwa berlaku curang terhadap isteri, anggota kumpulan UNIC, Dr Fitri Haris tampil menafikan dirinya adalah individu itu.
ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Nasyid Terkenal Didakwa Curang Dengan Isteri Sejak Tahun Lalu? - “Diorang Selalu Dating Kat…”
Terkejut apabila mendengar khabar angin yang tersebar luas di media sosial, penyanyi berusia 41 tahun itu menegaskan dakwaan tersebut langsung tiada kaitan dengan dirinya.
“Saya tak tahu-menahu tentang gosip itu kerana terlalu sibuk dengan kerjaya sebagai pengajar. Sekarang ini saya sedang menguruskan beberapa perkara, bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga di Indonesia dan London.
“Saya langsung tak sempat ikuti apa-apa gosip atau kontroversi. Bila ditanya baru saya tahu. Tapi saya nak tegaskan, individu yang dikaitkan dalam gosip itu bukan saya,” katanya.
Dalam pada itu, Fitri turut berkata rumah tangganya bersama isteri tercinta, Fazilah Omar, berada dalam keadaan baik dan bahagia.
“Anak dan isteri ada sahaja dengan saya, ikut ke mana sahaja. Kami hidup bahagia, sihat dan gembira. Saya tak pasti kenapa nama saya dipetik. Tugas saya sepenuh masa sebagai pensyarah kemudian hujung minggu dengan UNIC.
“Jadi saya tidak tahu macam mana nak respon kepada mereka yang menuduh saya berlaku curang. Masa saya banyak dihabiskan dengan keluarga,” ujarnya.
Apabila ditanya sama ada akan memaafkan pihak yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu, Fitri mengambil pendekatan tenang dan matang.
“Dalam Islam, antara dosa yang mudah diampun oleh Allah adalah orang-orang jahil, tidak tahu apa-apa atau erti kata lain tiada pengetahuan.
“Saya anggap mereka yang mendakwa saya, mereka tidak tahu perkara sebenar. Jadi mereka hanya meneka, kadang tekaan kena kadang tidak,” katanya.
Terdahulu, tular dakwaan mengenai seorang penyanyi nasyid yang juga ahli kumpulan terkenal, dikatakan menjalin hubungan sulit dengan seorang wanita muda berusia lingkungan 20-an sejak tahun lalu.
Wanita tersebut dikhabarkan anak kepada seorang ahli politik, dan mereka didakwa sering dilihat bersama di beberapa pusat membeli-belah sekitar Kuala Lumpur.
Malah, isteri kepada penyanyi terbabit dikatakan sudah mengetahui tentang hubungan tersebut dan telah memberi keizinan untuk mereka berkahwin.
Must-Watch Video