,
Terkini

Firdaus Wong Lapor Polis Ugutan Bunuh, Pukul & Fitnah

Gempak
28/03/2024
21:55 MYT
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Memetik Sinar Harian, Firdaus yang dihubungi berkata, ia adalah permulaan sebelum tindakan saman dilakukan dan tidak menolak kemungkinan lebih banyak laporan akan dibuat ke atas pemfitnahnya.

Libatkan keselamatan

“Ugutan bunuh dan pukul ini dilakukan oleh individu yang tidak dikenali. Memandangkan ia melibatkan keselamatan saya keluarga, laporan terpaksa dibuat.
“Daripada enam laporan yang dilakukan, satu melibatkan ugutan bunuh, satu pukul manakala selebihnya kes fitnah. Kesemua laporan itu di bawah tindakan Balai Polis Dang Wangi, Balai Polis Wangsa Maju dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan,” katanya pada Khamis.
Ditanya punca ugutan itu dibuat, pendakwah terkenal berkenaan mengakui ia banyak diterima selepas pembongkaran isu stoking kalimah Allah dan percaya, ada yang tidak berpuas hati dengan kerja-kerja dakwah dilakukannya.

Isu songlap duit

Malah katanya, ada yang membangkitkan isu songlap duit badan bukan kerajaan (NGO), sedangkan laporan polis dan tindakan saman telah dilakukan kepada pemfitnah pada tahun 2022.
“Saya tidak tahu siapa dan kenapa mereka berbuat sedemikian. Ada yang kata saya sengaja nak sabotaj, sedangkan KK Mart saman pembekal stoking bukannya saya.
“Kenapa heret saya dalam isu ini sehingga membuat ugutan dan melibatkan nyawa. Saya percaya, mereka ini tidak berpuas hati terhadap kerja-kerja dakwah yang dilakukan selama ini,” jelasnya.

Hadir beri keterangan

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis oleh Firdaus Wong pada Rabu.
"Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju ada terima dua laporan polis oleh beliau (Firdaus Wong) dan kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Pengadu (Firdaus Wong) telah hadir beri keterangan dan siasatan kes ini masih dijalankan," ujarnya. Pada 13 Mac, Firdaus dikatakan memuat naik di akaun Facebooknya gambar stoking berkenaan yang dijual di KK Super Mart Bandar Sunway, sekali gus mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia yang baharu sahaja menyambut Ramadan.
Ahli Jawatankuasa DAP Pahang, Chiong Yoke Kong pada 25 Mac lalu pula dilaporkan berkata, isu jualan stoking bertulis kalimah Allah boleh diselesaikan dengan cara baik namun mendakwa Firdaus sebaliknya menularkannya di media sosial.
Sumber: Sinar Harian menerusi Astro Awani

ARTIKEL BERKAITAN: “Sebagai Seorang Umat Islam, Saya Terkesan” - Shuib Ulas Isu Stoking Kalimah Allah

ARTIKEL BERKAITAN: Isu Stoking Tertera Kalimah Allah, MPBP Serah Notis Batal Lesen Perniagaan Syarikat Pengedar

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Enam Bulan Sorok Bunuh Suami Diserang Strok

gempak
19/09/2024
02:55 MYT
Kes pembunuhan seorang lelaki di tangan isterinya akhirnya terbongkar setelah enam bulan.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Berita

Pereka Dalaman Dibunuh, 20 tikaman Ditemui Di Tubuh - Polis

gempak
17/09/2024
01:56 MYT
Seorang pereka dalaman separuh masa ditemukan mati dengan 20 kesan tikaman pada tubuhnya di sebuah apartmen di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya pada awal pagi Isnin.
Viral

Didakwa Amal Ilmu Hitam, 5 Individu Dipukul Sampai Mati

gempak
15/09/2024
20:38 MYT
Lima orang termasuk tiga wanita dipukul sampai mati kerana didakwa mengamalkan ilmu sihir di negeri Chhattisgarh di tengah India, pada Ahad.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.