,
Laman Utama

Firasat Ibu Kuat, Pelakon Ditemui Mati Ditanam Belakang Rumah Lepas 5 Bulan Hilang

Maliah Surip
31/05/2023
14:50 MYT
Misteri kehilangan pelakon drama dari Brazil, Jefferson Machado selama lima bulan akhirnya terjawab.
Machado ditemui sudah meninggal dunia. Kematiannya boleh disifatkan tragis apabila ditemui dalam sebuah peti kayu yang ditanam sedalam enam meter di belakang rumah sewanya di Rio de Janeiro.
Berita kematian bintang yang terkenal dengan watak Reis itu disahkan oleh peguam keluarganya di Facebook.
“Kami sangat berduka untuk berkongsi berita aktor Jeff Machado telah meninggal dunia,” ujar kenyataan tersebut seperti dilaporkan Independent.uk.
Mayat lelaki berusia 44 tahun itu disahkan melalui cap jari pada 22 Mei lalu.
Menurut kronologi, Machado kali terakhir dilihat pada 27 Januari dan ibunya, Maria das Dores berhubung dengan anak lelakinya itu dua hari kemudian.
Machado memberitahu ibunya dia akan ke Sao Paulo untuk ujibakat. Keluarga bagaimanapun mengesyaki sesuatu tidak kena kepadanya selepas menerima kiriman mesej daripada seseorang yang dipercayai menyamar menjadi dirinya.
Ibunya mengatakan cara tulisan dengan banyak kesalahan ejaan membuat dia rasa tidak sedap hati sekaligus mengatakan ia bukan dihantar oleh anaknya.
Mereka membuat laporan polis apabila mula berhenti menerima panggilan daripada anaknya selepas penyamar mendakwa telefon bimbit telah terjatuh ke dalam tandas dan terus tidak dapat dihubungi.
Polis kemudian mengumumkan pelakon itu hilang pada 9 Februari sebelum ditemui dengan bantuan lapan ekor anjing yang berjaya mengesan mayatnya tertanam sedalam enam meter di belakang rumah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.