HIBURAN
Filem Raya U Mobile Buat Ramai Sebak Hingga Meleleh Air Mata, Angkat Kisah Pengorbanan Ayah Demi Anak OKU
Setiap kali raya, tidak lengkaplah sekiranya tiada iklan atau filem pendek tentang hari lebaran.
Sebak, sentuh emosi
Lebih-lebih lagi yang sarat dengan emosi sehingga membuatkan penonton sebak dan mengalirkan air mata.
Tahun ini, filem raya daripada U Mobile berjaya menyuntik emosi tersebut menerusi naskhah berjudul Suaraku yang ditayangkan di platform YouTube.
Berdurasi selama lapan minit lebih, filem pendek ini menyoroti kisah menyentuh hati tentang nilai sebuah harapan.
Kasih seorang ayah terhadap anaknya yang keistimewaan upaya dengan menzahirkan kesabaran, memohon keampunan dan menjalin semula ikatan mesra sesama mereka.
Momen kekeluargaan akan menjadi tak ternilai bila dikongsi apatah lagi dengan kemajuan teknologi terkini demi Aidilfitri yang lebih bermakna.
ARTIKEL BERKAITAN:Impian Azri Safix Berlakon Dalam Iklan Raya Tercapai, Senang Bawa Watak Anak Kepada Ellie Suriaty Dalam 'Lain Macamnya Raya' - "Saya 'Happy' Sangat"
ARTIKEL BERKAITAN:"Setiap Kali Berbual Dengan Orang, Idea Untuk Skrip Muncul" - Raja Azrey Hasilkan Iklan Raya Luluh, Bikin Emosi Sayu Nak Raya
ARTIKEL BERKAITAN:Ibu Bapa Bergaduh Bercerai, Anak Pula Trauma! Iklan Raya Pekin Ibrahim, Mona Ellen, Amir Nafis Trending - "Tak Sangka Jadi Penjenayah Sebabkan ..."
Malah menerusi ruangan komen juga, rata-rata penonton memberikan respon positif terhadap filem pendek tersebut.
Antara komen yang diterima adalah:

Saksikan filem raya pendek, Suaraku ini di bawah:
Must-Watch Video