,
Hiburan

Filem Punjabi Tempatan Saazish Kena Sabotaj? - "Saya Terkejut Bila Dapat Tahu..."

Amri Hassan
03/07/2024
04:53 MYT
Penerbit filem, S Baldev Singh mendakwa filem Punjabi tempatan pertama terbitannya berjudul Saazish ‘disabotaj’ berikutan jadual penayangan bertembung dengan satu filem import Punjabi.
S Baldev berkata, filem Saazish menemui penonton di pawagam esok sepatutnya tidak bersaing dengan mana-mana filem Punjabi lain jika mengikut Syarat Wajib Tayang (SWT).

BERITA TRENDING: Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

Namun, katanya, dia terkejut bila mendapat tahu satu filem import Punjabi dibawa masuk dan ditayangkan sehari selepas filem arahan Arjin Uppal itu menemui penonton di pawagam.
Katanya, hasil semakan dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sepatutnya tiada filem Punjabi lain selain filem terbitan syarikatnya, Sri Saheb Production Sdn Bhd.
“Mengikut data FINAS sepatutnya hanya satu filem Punjabi, tahun ini. Saya terkejut bila dapat satu filem import Punjabi dibawa masuk untuk tayangan pada saat akhir, minggu lalu.
“Setiap slot tayangan filem perlu ada perancangan, bukan boleh masuk pada saat akhir, lebih lagi, tempoh kurang seminggu sebelum ditayangkan di pawagam.
“Bila buat semakan, tarikh tayangan filem berkenaan pada 28 Jun lalu di seluruh dunia, tetapi atas sebab tertentu tayangan di Malaysia ditunda kepada Jumaat iaitu sehari selepas filem Saazish ditayangkan.
“Saya ada hubungi FINAS bagi mendapatkan penjelasan, namun mereka cuba selesaikan isu ini, tetapi belum ada sebarang jalan.
“Namun, saya mensyaki ada pihak cuba sabotaj dengan membawa masuk filem import Punjabi ini,” dakwa S Baldev.

BERITA TRENDING: Sanjna Suri Sedia Lakonkan Watak Wanita Muslim, Berhijab - "Saya Membesar Pun Dalam Kalangan Orang Islam"

BERITA TRENDING: Penerbit Saman Miss Universe Harnaaz Sandhu - "Dia Tak Peduli Pasal Filem Punjabi, Fokusnya Bollywood"

BERITA TRENDING: Pelakon Bollywood Kushal Punjabi Mati Tergantung, Polis Jumpa Surat Bunuh Diri!

Karya tempatan tak terbela

S Baldev berkata, nasib yang menimpa filem Saazish seolah-olah membuktikan karya tempatan tidak dilindungi dan tiada pembelaan sewajarnya.
“Persoalannya, siapa patut lindungi karya tempatan? Saya tak mahu menuding jari kepada sesiapa.
“Cuma, saya kecewa kepercayaan pelabur kepada pembikin filem di Malaysia makin terhakis. Pelabur gusar mahu melabur pembikinan filem seterusnya.
“Mulanya ada pelabur berminat menghasilkan satu lagi filem Punjabi pada Oktober depan.
“Namun, mereka jadi takut melihat situasi yang berlaku. Niat saya menghasilkan filem kerana mahu wujudkan industri filem Punjabi tempatan dan beri peluang kepada pekerja di balik tabir, tapi begini pula jadinya.
“Saya memang patah semangat sebab mahu merealisasikan sesebuah filem bukan ambil masa sebulan dua, tetapi lebih setahun barulah berjaya hasilkan naskhah ini.
“Saya tiada kuasa, jadi suka atau tidak filem Saazish terpaksa juga ditayangkan kerana sudah mendapat kelulusan Syarat Wajib Tayang dan segala perancangan pemasaran sudah dilakukan, jadi saya terpaksa akur,” kata S Baldev.

Mohon peka

Bagaimanapun, katanya, dia berharap nasib yang menimpa filem Saazish tidak akan berlaku kepada naskhah lain pada masa depan.
“Saya harap pihak yang bertanggungjawab tolonglah peka terhadap isu ini. Jika isu sama berlarutan bagaimana industri perfileman tempatan mahu bergerak ke hadapan.
“Bayangkan filem import menggunakan bahasa sama boleh ditayangkan serentak dengan karya tempatan.
“Saya tiada pilihan kerana semua bahan publisiti sudah diedarkan. Memang saya tak boleh tarik balik tarikh tayangan walaupun ada kerugian yang bakal ditanggung,” katanya.
Saazish membawa maksud konspirasi bergenre aksi dibintangi Kulbeer Singh, Avinder Singh, Amaan Singh Virk, Navinder Kaur, Paul Masih, Balvinder Kaur, Harcharan Singh, Prince Han dan Chanchel Singh serta penampilan istimewa, Datuk Adi Putra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.