,
Hiburan

Filem Masyarakat Kelabit 'Tegkang' Menang Lift-Off Sessions, Bakal Bersaing Di London!

Amri Hassan
22/09/2024
10:53 MYT
Tegkang, sebuah filem Malaysia yang mengisahkan kehidupan di dataran tinggi Bario, Sarawak, telah dipilih sebagai pemenang sesi untuk Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik di First-Time Filmmaker Showcase, sebahagian daripada acara berprestij Lift-Off Sessions.
Kemenangan ini melayakkan filem tersebut untuk bersaing di pusingan akhir Season Awards, sebuah acara tahunan di Pinewood Studios, London, di mana projek-projek terbaik musim Lift-Off diraikan.
Tegkang mengisahkan kehidupan di sebuah kampung terpencil, di mana sebuah rahsia yang disimpan rapi selama bertahun-tahun mula terbongkar dengan kehadiran seorang pengunjung yang menjalin persahabatan dengan seorang gadis di kampung tersebut.
Filem ini memaparkan keunikan Bario bukan sahaja sebagai lokasi indah yang menarik, tetapi juga sebagai tempat yang kaya dengan pengalaman budaya, termasuk perayaan tradisional dan upacara turun-temurun yang jarang dilihat oleh dunia luar.
Penulis dan pengarah filem Tegkang, Josh Nawan, meluahkan rasa terujanya dengan kemenangan tersebut.
"Saya berasa bangga kerana Tegkang, yang bermaksud 'Pelangi' dalam bahasa Kelabit, mendapat tempat dalam kalangan juri dan diiktiraf bersama begitu banyak filem hebat lain. Masyarakat Kelabit, sebuah kaum Dayak pribumi dari tanah tinggi Sarawak, Malaysia, jarang diwakili dalam dunia seni, jadi pengiktirafan ini sangat bermakna bagi kami.
"Saya amat menghargai peluang untuk berkongsi kisah yang berakar umbi dalam warisan sebegini dan bersyukur kerana filem ini akan disiarkan kepada lebih ramai lagi penonton di luar sana," katanya.
Tegkang menampilkan pelakon popular iaitu Syafie Naswip dan Michelle Lungan.
Sementara itu, Penerbit Tegkang, Lyn Nasihin, turut berbangga dengan kejayaan ini.
"Filem ini merupakan bukti komitmen pasukan kami dalam menyampaikan karya asli daripada Malaysia, dan anugerah ini mengiktiraf usaha serta semangat kolektif yang dicurahkan untuk pembikinannya.
"Tegkang menggabungkan tema-tema kesetiaan, perpaduan, pilihan, dan kebebasan sambil mencabar pandangan konvensional mengenai ketidakupayaan. Kami berharap agara filem ini akan membantu menarik lebih banyak perhatian kepada pelbagai karya yang ditawarkan oleh industri filem Malaysia," ujarnya.
Lift-Off First-Time Filmmaker Sessions adalah pameran bulanan dalam talian yang didedikasikan untuk menyokong karya pengarah-pengarah baru dan menayangkan koleksi filem indie pendek dan panjang dari seluruh dunia.
Pertandingan ini terdiri daripada dua pusingan: pusingan pertama di mana penonton global mengundi filem kegemaran mereka, diikuti dengan penilaian terperinci oleh juri dalaman Lift-Off. Para pemenang mendapat pendedahan yang luas, termasuk peluang untuk mempersembahkan projek masa depan di Pinewood Studios, salah satu studio filem yang terkemuka di dunia.
Pameran ini telah menjadi batu loncatan untuk ramai pembikin filem indie, menawarkan peluang untuk dikenali oleh penonton baru dan profesional industri.
Sebagai pemenang Lift-Off First-Time Filmmaker Sessions, Tegkang akan ditayangkan kepada penonton yang lebih luas dan bersaing untuk pengiktirafan lebih lanjut di Season Awards. Pencapaian ini adalah satu kejayaan penting bagi komuniti filem Malaysia, bagi menyinari bakat baru serta membuka peluang untuk filem-filem Malaysia ke pentas antarabangsa.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.