,
Berita

Filem Malaysia Raih 2 Anugerah di Festival Filem Golden Horse 54!

Syafiqah Jalal
26/11/2017
03:23 MYT
Filem tempatan Shuttle Life berjaya meraih dua anugerah di Festival Filem Golden Horse edisi ke-54 pada Sabtu di Taipei.
Dua anugerah tersebut adalah Pengarah Baharu Terbaik dan Sinematografi Terbaik.
Pengarah Shuttle Life, Tan Seng Kiat hadir ditemani watak utama filem terbabit Jack Tan untuk menerima penghargaan tersebut.
Festival Filem Golden Horse Taipei ialah acara penganugerahan tahunan berprestij yang memberi pengiktirafan kepada hasil karya dalam bahasa Cina.
Tahun lepas, lagu tema Ola Bola, "Arena Cahaya" berjaya memenangi Anugerah Lagu Asal Terbaik hasil ciptaan penyanyi Zee Avi bersama Rendra Zawawi.
Filem Shuttle Life mengisahkan seorang lelaki bernama Ah Qiang yang menetap di sebuah bandar besar bersama ibunya yang mempunyai masalah mental dan adik perempuannya Hui, 5.
Susulan kematian Hui dalam satu kemalangan, Ah Qiang menjadi tertekan untuk menuntut mayat adiknya pulang ke rumah.
Ini kerana dia tidak dapat membuktikan hubungannya dengan Hui memandangkan kelahiran adiknya itu tidak pernah didaftarkan.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

[VIDEO] Dah Level International! Hairul Azreen Kongsi Video Training Ala Hollywood; “Dulu Ada Kawan Cakap Tak Tengok Filem Malaysia”

gempak
15/09/2022
11:55 MYT
Hairul Azreen kongsi video latihan babak aksi.
Laman Utama

Malbatt: Misi Bakara Telan Belanja RM20 Juta, Pengarah – “Kami Perlu Membina…”

gempak
11/09/2022
02:00 MYT
Malbatt: Misi Bakara
Laman Utama

Mechamato Kini Mendunia! Tambah Hak Siaran di 65 Negara

gempak
31/08/2022
11:00 MYT
Tahniah MONSTA dan Mechamato
Laman Utama

“Best, Santai Dan Dekat Dengan Kehidupan Kita” – Penonton Boleh Relate Dengan Mesej Yang Dibawakan Dalam Filem Kalut Nak Kahwin

gempak
10/08/2022
13:00 MYT
Yang dah tonton Kalut Nak Kahwin semua seronok
Laman Utama

Walkie Talkie Tiba-Tiba Tak Fungsi, Sophia Albarakbah 'In Character' Cekik Pelakon Kanak-Kanak - "Tak Dengar Langsung Pengarah Suruh Cut!"

gempak
29/07/2022
02:06 MYT
Kenapa sampai tak dengar?