,
Hiburan

Filem Leftenan Adnan Sambut Ulang Tahun Ke-20, Aziz M. Osman Mahu Naik Taraf Versi HD!

Azwa Rahman
24/12/2019
09:39 MYT
Pengarah terkenal Aziz M. Osman mencuri perhatian netizen apabila tampil dengan idea untuk menaik taraf filem arahannya iaitu Leftenan Adnan ke dalam versi definisi tinggi (HD).
Menerusi laman sosial Twitter, Aziz berkongsi perkara itu menerusi satu kicauan. Lebih istimewa apabila filem patriotik itu turut menyambut ulang tahunnya yang ke-20 pada tahun 2020.
“Tahun 2020 adalah ulangtahun filem Leftenan Adnan yang ke-20. Siapa setuju saya naik taraf filem ini ke Ultra HD untuk penonton sekarang?” tulis Aziz menerusi kicauannya.
Filem Leftenan Adnan merupakan filem biopik yang diadaptasi daripada kisah benar Leftenan Adnan Saidi yang terjadi semasa Perang Dunia Kedua.
Filem ini membariskan pelakon hebat tanahair seperti Hairie Othman, Datin Seri Umie Aida, Faizal Hussein, Rusdi Ramli dan ramai lagi.
Cadangan Aziz tersebut nampaknya disambut baik oleh wargamaya yang rata-ratanya bersetuju penaik taraf filem ini kepada versi HD. Malah, ada juga wargamaya yang mengucapkan penghargaan kepada Aziz kerana mengangkat jasa perwira negara ke layar perak untuk dikenang oleh semua rakyat Malaysia.
Kicauan Aziz itu sehingga kini telah menerima hampir 7,000 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga Twitter.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Viral

YouTuber Popular Dunia IShowSpeed Cuba Makan Super Ring & Burger Ramly, Sampai Sanggup Bayar Lebih! - "Oh Tuhanku, Makanan Ini Sangat Enak"

gempak
17/09/2024
21:55 MYT
Personaliti sensasi dan penstrim dalam talian dari Amerika Syarikat, IShowSpeed tidak terlepas untuk melakukan itu semua.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.