,
Berita

Filem Kita Bukan Gagal Tapi Perlu Realistik

Elrafaei Sapi
20/08/2018
09:51 MYT
Produser dan pengarah filem terkenal, Datuk Yusof Haslam berpandangan filem tempatan tidak gagal dari aspek menarik perhatian produser luar negara untuk melabur dalam negara.
Akuinya, kegagalan itu bukan terma yang tepat kerana kejayaan-kejayaan anak tempatan sebelum ini di peringkat global termasuk filem-filem Malaysia yang dipasarkan di peringkat antarabangsa sehingga kini.
"Namun yang demikian, kita harus realistik untuk terlebih dahulu untuk berjaya diterima di dalam negara," katanya ketika menjadi panel untuk program bual bicara, Kopi Kaw FDAM, baru-baru ini.
Sebagai contoh, beliau merujuk pada filem Hantu Kak Limah yang berjaya mencipta fenomena dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM20.5 juta dalam tempoh 11 hari tayangan yang menunjukkan sambutan positif daripada penonton tempatan.

#LensaINDUSTRI #SembangSKRIN PROGRAM KOPI KAW FDAM: KARYAWAN KITA GAGAL TARIK PENERBIT LUAR Kuala Lumpur, 19 Ogos-Persatuan Sutradara Malaysia (FDAM) hari ini sekali lagi menganjurkan program Kopi Kaw FDAM dengan topik 'Karyawan Kita Gagal Tarik Penerbit Luar' dengan panelis jemputan YBhg. Dato' Fauzi Ayob, Ketua Pengarah FINAS serta penerbit, pengarah dan karyawan industri, YBhg. Datuk Yusof Haslam berserta moderator, En. Khalil Hj Saleh. Program jaringan ilmu dan sinergi industri ini telah membincangkan cabaran bagi karyawan industri filem tempatan untuk memperkukuhkan jenama, bakat, produk dan kepakaran di peringkat global daripada perspektif kerajaan dan penggiat industri. Menurut Datuk Yusof Haslam, kegagalan itu bukan terma yang tepat kerana kejayaan-kejayaan anak tempatan sebelum ini di peringkat global termasuk filem-filem Malaysia yang dipasarkan di peringkat antarabangsa sehingga kini. 'Namun yang demikian, kita harus realistik untuk terlebih dahulu untuk berjaya diterima di dalam negara' ujarnya sambil memberi contoh fenomena kejayaan pecah panggung filem Hantu Kak Limah yang diterima baik penonton tempatan. Mengupas topik berkaitan daripada perspektif FINAS sebagai badan kerajaan, Dato' Fauzi Ayob yakin akan potensi dan kekuatan jenama Malaysia dan telah menggariskan cabaran daripada aspek 'branding' dan 'visibility' industri sendiri yang harus diperkasakan secara holistik di peringkat domestik dan antarabangsa. Ujarnya lagi, melalui halatuju baharu FINAS juga memberi penekanan kepada strategi pembangunan produk dan kandungan, pasaran, sistem dan perkhidmatan serta modal insan. 'FINAS dengan kerjasama rakan strategik (Government to Government) seperti badan perfileman negara ASEAN akan terus meluaskan program jaringan ekonomi, galakan, pelaburan, pengedaran dan pemasaran kandungan selain program 'Spotlight' yang terus mempromosikan dan membantu filem-filem Malaysia di peringkat antarabangsa" tambah beliau yang yakin dengan kekuatan karya-karya dan karyawan Malaysia yang mampu menembusi dunia termasuklah memberikan mereka peluang di bawah program integrasi bakat.

A post shared by FINAS Malaysia (@finasmalaysia) on

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Fauzi Ayob pula berpandangan beliau yakin terhadap potensi dan kekuatan jenama Malaysia sambil menggariskan cabaran daripada aspek 'branding' dan 'visibility' industri sendiri yang harus diperkasakan secara holistik di peringkat domestik dan antarabangsa.
Ujarnya, melalui halatuju baharu FINAS juga memberi penekanan kepada strategi pembangunan produk dan kandungan, pasaran, sistem dan perkhidmatan serta modal insan.
"FINAS dengan kerjasama rakan strategik (Government to Government) seperti badan perfileman negara ASEAN akan terus meluaskan program jaringan ekonomi, galakan, pelaburan, pengedaran dan pemasaran kandungan selain program 'Spotlight' yang terus mempromosikan dan membantu filem-filem Malaysia di peringkat antarabangsa," katanya.
Beliau juga yakin dengan kekuatan karya-karya dan karyawan Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa termasuk memberikan peluang kepada penggiat seni tempatan di bawah program integrasi bakat.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: Astro Shaw
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yusof Haslam Tak Tolak Puteri Sarah & Syamsul Yusof Berjodoh - “Kalau Ditakdirkan Mereka Bersatu Kembali…”

gempak
16/09/2024
02:22 MYT
Pengarah Datuk Yusof Haslam menyatakan dirinya tidak menolak sekiranya Syamsul Yusof kembali berjodohan dengan Puteri Sarah.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Syamsul Yusof Kembali Kepada Pangkuan Ibu Bapa

gempak
11/09/2024
15:45 MYT
Pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarganya.
Hiburan

‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Diperkenalkan Semula Selepas 5 Tahun, Malam Kemuncak FFM33 Akan Bertemakan ‘Emas’

gempak
21/08/2024
03:55 MYT
Selepas 5 Tahun, Akhirnya FINAS Kembalikan ‘Anugerah Dokumentari Terbaik’ Di Festival Filem Malaysia Ke-33
Hiburan

Eizlan Yusof Sedia Bimbing Influencer Sebelum Ceburi Industri Hiburan

gempak
18/05/2024
13:39 MYT
Pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof bersedia untuk memberikan bimbingan supaya pempengaruh media sosial yang mahu menceburkan diri dalam industri hiburan.