,
Laman Utama

Filem Baru Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan Tak Laku

Maliah Surip
28/04/2023
06:35 MYT
Filem terkini Salman Khan, Kisi Ka Bhai Kisi Ki Jaan dilaporkan tidak mencapai sasaran atau kutipan pecah panggung meski ia turut dibintangi oleh ramai pelakon gred A Bollywood.
Ia malah mendapat banyak komen negatif dalam kalangan pengkritik filem.
Kutipan karya arahan Farhad Samji itu tidak mencecah RM2.7 juta untuk tempoh sepanjang minggu lalu, lapor Hindustan Times.
Laporan Boxofficeindia.com pula mendedahkan filem itu merudum sebanyak 30 peratus daripada sasaran kutipan tiket.
Selain Salman, filem tersebut dibintangi Venkatesh dan Pooja Hegde bersama pelakon lain termasuk Jagapathi Babu, Jassi Gill, Raghav Juyal, Siddharth Nigam, Shehnaaz Gill, Vijender Singh dan Palak Tiwari.
Sementara itu, seorang pengkritik filem menyifatkan Kis Ka Bhai Kisi Ki Jaan sebagai filem yang sengaja direka sehingga terlalu meleret.
“Pada minit ke-144, filem ini terasa sangat lama, terlalu meleret dan ‘menyakitkan’.
“Saya kira lagu-lagu yang dimuatkan sepatutnya menjadi sebuah album. Bukan menjadi runut bunyi sehingga jika anda membuang lagu-lagu ini, karya ini tidak menarik untuk ditonton,” ulasnya.
Kis Ka Bhai Kisi Ki Jaan mengandungi lagu-lagu seperti Naiyo Lagda, Billi Billi, Jee Rahe The Hum (Falling in Love), Bathukamma, Yentamma, O Balle Balle and dan Lets Dance Chotu Motu yang dinyanyikan dalam bahasa Telugu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.