,
Laman Utama

Filem Aksi Hebat RIDE ON, Tribute Jackie Chan Untuk Stuntman

Mya Amri
12/04/2023
11:50 MYT
Pelakon lagenda, Jackie Chan kini muncul dengan filem terbaharu berjudul Ride On.
Bukan biasa-biasa, filem Ride On ini mengetengahkan kisah hero yang menampilkan banyak adegan kisah sebenar tentang dunia pelakon lagak ngeri atau stuntman.
Jika dilihat dalam industri perfileman di Hong Kong, selain memartabatkan seni mempertahankan diri ternyata pelakon lagak ngeri ini juga turut menyumbang sebahagian besar dalam kejayaan sesebuah filem.
Walau bagaimanapun, sehingga kini kehidupan pelakon lagak ngeri tidak diketahui umum. Mereka ini sanggup mempertaruhkan nyawa mereka untuk beraksi cemerlang dalam sesebuah naskhah namun kerja keras mereka sering kali tidak diiktiraf.
Filem Seni Mempertahankan Diri
Mungkin ada yang tidak tahu, filem seni mempertahankan diri dari Hong Kong pada awalnya tidak menggunakan skrin hijau dan juga kesan khas seperti hari ini.
Segalanya dilakukan secara neutral dan aksi kung fu sebenar juga dilakukan oleh mereka yang mahir dan pelakon tidak dikenali dalam industri perfileman.
Hanya mereka yang telah merakam aksi yang mengancam nyawa, adegan berbahaya dan seni mempertahankan diri dengan parut di seluruh badan mereka boleh layak mendapat gelaran "stuntman".
Watak Jackie Chan sebagai Luo
Jackie memegang watak sebagai Lao Luo iaitu seorang pelakon lagak ngeri dari generasi lama. Luo tidak dapat menyesuaikan diri dengan era dan teknologi baharu.
Istimewanya lagi, watak Luo juga mempunyai sedikit bayangan Jackie dalam kehidupan sebenar. "Saya orang biasa, saya hanya berani melakukan beberapa perkara yang luar biasa,” ujarnya.
Jackie juga berharap setiap orang dapat berpegang teguh pada minat dan menjadi wira pada jiwa mereka sendiri.
Jackie Belum Serik Berlakon Filem Aksi
Walaupun ada ketikanya Jackie yang kini berusia 69 tahun kelihatan sedikit bergelut untuk melakukan adegan aksi dalam Ride On namun kredibilitinya sebagai pelakon aksi masih lagi terbaik.
Tergelincir menuruni tangga setinggi beberapa meter, berlawan di tingkat dua dengan tergantung dan lain-lain aksi merbahaya juga tidak melemahkan semangat bintang lagenda ini.
"Saya pernah berjuang untuk hidup (untuk mencari rezeki), kemudian saya berjuang untuk peminat, tetapi sekarang saya berjuang untuk diri sendiri. Saya mahu membuktikan bahawa saya masih boleh melakukannya,” jelasnya.
Bagi Jackie, segala apa yang dilakukannya bukan sahaja untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat tetapi juga untuk kepuasan dirinya.
“Selagi saya masih berupaya beraksi, saya harap dapat tampil dengan filem setiap tahun. Saya pasti akan melakukan aksi itu sendiri. Ini janji saya kepada peminat saya,” katanya.
Tentang Ride On
Selain Jackie, pelakon lain yang membintangi Ride On adalah Liu Haocun, Kevin Guo, Andy On, Joey Yung dan juga penampilan istimewa oleh Wu Jing.
Boleh dikatakan filem ini ibarat penghargaan dari Jackie kepada semua pelakon lagak ngeri dalam industri perfileman seluruh dunia.
Bahkan dalam Ride On juga diberikan gambaran tentang bagaimana proses sesebuah filem aksi dilakukan dan perkembangannya dari zaman ke zaman.
Jangan lupa saksikan Ride On yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 13 April ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Hiburan

AI Ubah Wajah Jackie Chan Lebih Muda Dalam Filem A Legend, Hasilkan Babak 10,000 Kuda Berlari Di Padang

gempak
01/08/2024
15:55 MYT
Sebagai mengikut trend Kecerdasan Buatan (AI), filem A Legend tidak terlepas daripada memanfaatkan teknologi berkenaan dalam sebahagian daripada proses pembikinannya bagi memberikan hasil luar biasa seiring dengan ledakan teknologi masa kini.