gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dapat Layanan Istimewa Di China, Nina KSC Akui Tidak Selesa Berlakon - “Mereka Dihalau Dan…”
HIBURAN
Hael Husaini Ajak ALPHA Sertai Konsert Sulung - “Saya Yakin Mereka Bukan…”
HIBURAN
Filem Baru Tayang, Bintang Lilo & Stitch Meninggal Dunia
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"

gempak
Mya Amri
18/06/2025
12:01 MYT
Sponsor Banner
Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"
Pelakon, Fikry Ibrahim akui kehidupannya semakin bahagia selepas berkahwin bersama isterinya, Khalizah Alihan.

Belajar erti pengorbanan & matang

Menurut Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim antara perubahan yang dirasai selepas mendirikan rumah tangga adalah erti pengorbanan dan kematangan.
“Sepanjang berkahwin pengorbanan terbesar yang saya rasa adalah bila mana saya kena fikir bukan saya seorang sahaja sebaliknya sudah ada isteri.

“Sebagai contoh, saya adalah sejenis orang yang berjalan pantas, jadi saya kena ingat ada isteri di belakang.“Kena sentiasa beringat kita hidup ini bukan berseorangan sekarang, kalau dulu kita boleh kata ‘aku dulu’ sekarang ‘kita bersama’, itu dua benda berbeza.

“Bagi saya bila berkahwin sememangnya akan membuatkan kita jadi lebih matang. Pengalaman hidup sentiasa berlaku proses perkembangan dan kematangan dari situasi situasi tertentu,” ujarnya.
Fikry berkata demikian ketika ditemui sesama program MeleTOP bertempat di Astro, Bukit Jalil pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Janna Nick Puji Fikry Ibrahim, Sanggup Tolak Semua ‘Job’ Demi Ibu - “Kita Pula Sedih Tengok…”

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Kongsi Video Mengusik Ibu Buat Netizen Terhibur - “Hat Ni Kalau Kawin Bagitau Awai Naa”

Syukur diberi peluang berkahwin

Mengulas lanjut mengenai perkahwinan, Fikry berkata selepas mendirikan rumah tangga, antara perkara penting yang dipelajari adalah untuk tidak cepat menilai atau menghukum orang lain.
“Saya sangat bersyukur Allah beri saya peluang rezeki untuk berkahwin, mak saya sihat. Hidup ini bukan boleh dilalui begitu sahaja sebaliknya harus diperhatikan.

“Sebab kadang-kadang bila jadi masalah dekat seseorang, bukan orang itu sahaja dapat pengajaran, kita pun sama. “Jadi kita tidak boleh nak judge orang begitu sahaja, itu adalah antara pengalaman yang saya belajar selepas berkahwin,” jelasnya.

Terdahulu, perkahwinan Fikry bersama Khalizah menjadi tular selepas perkongsian itu dimuat naik oleh pemilik akaun Instagram bernama Honey Julpaaa.

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Nafi Dakwaan Kahwin Paksa, Ada Sebab Tak Hebahkan Perkahwinan - “Saya Percaya Benda Yang Baik…”

Menerusi beberapa hantaran di Insta Stories miliknya merakamkan Fikry dan Khalizah menyarungkan busana berwarna putih.
Malah Fikry juga dilihat melafaz akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Topic Berkaitan
#Kahwin
#Fikry Ibrahim
#Khalizah Alihan
Must-Watch Video