,
Laman Utama

#FFM31: Bolot 5 Trofi, Roh Menang Filem Terbaik! Zul Ariffin & Remy Ishak Pula Gondol …

Azwa Rahman
10/12/2021
16:31 MYT
Filem seram Roh berjaya dinobatkan sebagai filem terbaik Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) anjuran FINAS.
Diarahkan oleh Emir Ezwan, filem ini berjaya membawa pulang sebuah trofi sumbangan FINAS dan Dana Kandungan Digital bernilai RM500,000.
Selain Filem Terbaik, Roh turut memenangi anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Rekaan Busana Terbaik dan skor muzik terbaik.
Dalam majlis yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, majlis dihadiri oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YBhg. Datuk Seri Haji Mohammad Mentek, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YBrs. Tuan Zakaria Abdul Hamid, Pengerusi FINAS, YBrs. Profesor Dr Md Nasir Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, penggiat industri serta pengamal media.
Selain itu, Zul Ariffin dan Remy Ishak masing-masing mengondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik menerusi filem Sangkar.
Berikut merupakan senarai lengkap pemenang FFM31 yang berlangsung malam tadi.
Senarai lengkap pemenang FFM31:
1. Sinematografi Terbaik - Low Soon Keong ( Fly By Night)
2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik - Putri Qaseh (Roh)
3. Lagu Tema Terbaik - Ayuhlah (Suatu Ketika)
4. Penyunting Terbaik - Heng Yin Chau (Fly By Night)
5. Pelakon Wanita Harapan - Fify Azmi (Wira)
6. Pelakon Lelaki Harapan - Anding Indrawani (Headhunter)
7. Pengarah Harapan - Zahir Omar (Fly By Night)
8. Cerita Asal Terbaik - Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)
9. Lakon Layar Terbaik - Emir Ezwan (Roh)
10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir - Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab
11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman - Hajah Fauziah Nawi
12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik - Junainah M. Lojong (Roh)
13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik - Remy Ishak (Sangkar)
14. Film Box-Office - Ejen Ali The Movie
15. Poster Terbaik - Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)
16. Kesan Khas Visual Terbaik - VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)
17. Tatarias Terbaik - Ella Sandera (Sangkar)
18. Rekaan Busana Terbaik - Tengku Syahmi (Roh)
19. Skor Muzik Terbaik - Reinchez Ng (Roh)
20. Penataan Seni Terbaik - Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)
21. Penataan Bunyi Terbaik - Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)
22. Anugerah Khas Juri 1 - filem Suatu Ketika
23. Anugerah Khas Juri 2 - filem Geran
24. Anugerah Khas Juri 3 - filem Headhunter
25. Pelakon Wanita Terbaik - Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)
26. Pelakon Lelaki Terbaik - Zul Ariffin (Sangkar)
27. Pengarah Terbaik - Kabir Bhatia (Sangkar)
28. Filem Terbaik - Roh
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Viral

Uncle Mike Terima Anugerah Maulidur Rasul - "Sukar Untuk Saya Gambarkan Perasaan Ini"

gempak
16/09/2024
09:14 MYT
Tidak penah terlintas untuk menjadi bapa kepada tiga anak lelaki berlainan bangsa dan agama, namun takdir telah mengubah hidup Michael Tong Wai Siong, 55.
Hiburan

“Saya Hanya Idamkan Trofi Oscar, Itu Impian Saya” - Meerqeen

gempak
06/09/2024
05:57 MYT
Pelakon, Meerqeen tidak melihat anugerah sebagai pengukur kejayaan dalam kariernya.