gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Elyana Kongsi Foto Tanpa Rambut, Netizen Tertanya Status Kesihatan Terkini
HIBURAN
Cef Anis Nabilah Henti Kongsi Kandungan Makanan, Tanda Solidariti Bersama Gaza - "Berjuta-Juta Rakyat Gaza Kebuluran..."
HIBURAN
“Saya Dah Cuba Pisang Tapi…” - Aina Abdul Beri Sebab Pilih Epal Merah Sebelum Menyanyi
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 Himpunkan Datuk Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa'ang Zaman Dan Ramai Lagi… Jadi Medan Terbaik Pemuzik Negara

Khairil Khusyairi
Khairil Khusyairi
03/12/2024
18:50 MYT
Sponsor Banner
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 Himpunkan Datuk Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa'ang Zaman Dan Ramai Lagi… Jadi Medan Terbaik Pemuzik Negara
Festival of Drum and Percussion Malaysia menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif, workshop & klinik dalam pelbagai genre, persembahan drumline, serta sebuah Gala Konsert "All-Star Show" yang mengagumkan.

Himpunkan Pemuzik Terbaik Negara

Antara artis dan pemuzik yang terlibat pada festival selama satu hari tersebut adalah Arthur Kam, Batteryheadz Percussion, Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa'ang Zaman, Rie Tsuji, Sān Percussion, Steve Thornton, Gong, Ujang Exists dan jemputan khas lainnya.
Menurut Aznan Alias yang merupakan gitaris terkenal negara, acara ini perlu ditonton oleh semua golongan terutamanya peminat muzik tanah air kerana acara ini menghimpunkan semua pemuzik terkenal negara.
“Saya yakin bahawa highlight untuk festival ini merupakan worksyop dan klinik yang diadakan di sebelah siang. Ini merupakan peluang terbaik untuk penonton, peminat muzik dan pelajar untuk mendapatkan infomasi terbaik, bertanya dan berdepan secara terus, sebuah acara ‘up close & personal and intimate.’
“Malah festival ini memberikan bukan 1 tetapi 8 klinik untuk dihadiri dan audiens boleh menimba ilmu dan pengalaman yang banyak di sini, “ujar Aznan yang juga merupakan Pengarah Muzik buat penyanyi terkenal Dato’ M.Nasir.
Manakala Fly Halizor pula menyifatkan bahawa acara ini akan melebarkan networking kepada mereka yang mahu menjadikan muzik sebagai karier.
“Para pengunjung terutamanya peminat muzik tanah air akan dapat belajar ilmu muzik dengan pelbagai jenis genre. Malah dapat mempelajari ilmu baru sambil berhibur dengan konsert yang padat dengan pemuzik dan penyanyi professional Malaysia,” ujar Fly yang merupakan pemain bass dan juga pensyarah muzik.
Manakala Ujang Exists yang merupakan salah seorang ‘most wanted musician in Malaysia’ menggalakkan semua peminat muzik tanah air untuk melihat persembahan yang bakal diadakan oleh para pemuzik di malam Gala Konsert "All-Star Show" itu nanti.
“Hadirlah ke ‘Showcase & Drum Clinics’ yang akan diadakan di sebelah siang untuk menimba pelbagai ilmu dan berbagi pengalaman secara ‘live’ dengan pemuzik Malaysia.
“Pada sebelahnya pula saya dan beberapa pemuzik lain akan bergabung untuk memberikan persembahan menarik untuk slot persembahan kami. Saksikan sesuatu yang berlainan dari Ujang & Friends untuk persembahan malam gala itu nanti. Pasti lain dari yang lain!,” ujar Ujang Exists.
Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor itu akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam.
Manakala Gala Konsert All-Star Show akan berlangsung pukul 8.45 sehingga 11 malam.
Tiket boleh dibeli di https://jsdrumfest2024.ubertickets.asia
Topic Berkaitan
#Penyanyi
#Konsert
#Festival
#Pemuzik
#Festival of Drums and Percussion Malaysia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement