HIBURAN
Fenomena BASS Makin Menjadi! Netizen Buat Video Suntingan Syed Saddiq-Bella Astillah ‘Berkahwin’ Pula - “Tumpang Berangan Kejap”
Fenomena gandingan BASS (Bella Astillah-Syed Saddiq) masih lagi menjadi perbualan ramai di media sosial.
Setiap gelagat yang mereka lakukan pasti mendapat sambutan baik daripada orang ramai yang juga rata-rata mendoakan yang terbaik buat mereka.
Terbaharu, tular sepotong video suntingan memaparkan momen seolah-olah Bella Astillah dan Syed Saddiq ‘berkahwin’.
Menerusi video tersebut, dapat dilihat momen-momen Bella Astillah dan Syed Saddiq yang dikompilasikan menjadi seperti ‘teaser’ majlis perkahwinan sebenar.
Lebih menarik, latar belakang suara dalam video turut menggunakan skrip seperti yang sering digunakan oleh pengacara majlis perkahwinan, lengkap dengan penyebutan nama Bella dan Ahli Parlimen Muar itu sebagai pasangan pengantin yang diraikan.@iammiyi Tumpang berangan kejap 🤭 #bellastillah #syedsaddiq #fyp ♬ original sound - Chan MiYi 🐢☘️
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa teruja dan mendoakan agar video tersebut menjadi realiti.
“Teruk dah netizen ni.
“Bayangkan jemputan sebelah YBSS penuh dgn orang-orang politik, menteri & jemputan sebelah Bella penuh dgn selebriti,artis. Ya ampun meriahnya! Lain macam!,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Saddiq pernah muncul di dalam video muzik Bella yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.
Untuk rekod, Bella Astillah sebelum ini pernah memuat naik hantaran video kerjasamanya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq untuk kempen pakaian sempena Aidilfitri.
Sekadar info, ibu tunggal anak dua itu pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Aliff Aziz tetapi telah bercerai untuk kali kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5 tahun.
Must-Watch Video