,
Laman Utama

Fazura & Farah Lee Tulis Pesan Deep Pada Instagram Angelina Jolie Yang Kasihan Is***l

Maliah Surip
31/10/2023
07:25 MYT
Kekejaman Israel terhadap Palestin khususnya di Gaza masih belum berkesudahan.
Pada saat ramai yang menentang dan menyifatkan rejim Zionis sebagai tidak berperikemanusiaan serta melanggar hak asasi manusia dengan mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa, aktres Angelina Jolie tampil meluahkan rasa simpati terhadap Israel.
“Seperti jutaan manusia di dunia yang marah melihat serangan di Israel dengan banyak nyawa tidak berdosa melayang, saya berdoa untuk mereka semoga terus tabah.
“Tidak dapat dibayangkan bagaimana banyak kanak-kanak kini menjadi yatim piatu kerana keluarga mereka terkorban. Apa yang terjadi di Israel adalah keganasan,” tulis Jolie menerusi dalam perkongsian di Instagramnya.
Kenyataan yang dikeluarkan tersebut mendapat beragam reaksi dalam kalangan netizen.
Ramai yang melahirkan rasa kurang senang dan menyifatkan Jolie sebagai ‘buta’ kerana cuba menafikan fakta sebenar yang terjadi dalam peperangan tersebut.
Malah salah seorang pelaku seni Malaysia, Fazura lantang bersuara dan tidak bersetuju dengan pendapat Jolie yang juga terkenal sebagai aktivis kemanusiaan tersebut.
“Angie tolong jangan takut untuk menyatakan kebenaran. Anda tahu lebih daripada ini,” tulis Fazura di ruangan komen Instagram Jolie bersama tanda pagar #SavePalestine dan #Givethemthierlandback.
Selain Fazura, aktivis yang cukup terkenal, Farah Lee juga dilihat melahirkan rasa kesal terhadap sikap berkecuali Jolie yang disifatkan sebagai berat sebelah.
“Anda adalah inspirasi saya dalam misi kemanusian namun melihat kenyataan yang dikeluarkan, sikap neutral anda sangat berat sebelah. Kamu tidak lagi memberi inspirasi kepada saya,” tulis Farah Lee.
Sejak perang melanda pada 7 Oktober lalu, lebih 8,000 nyawa telah terkorban di Gaza dengan Israel antaranya membedil hospital.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

“Mereka Cakap Dia Seorang Introvert & Tak Reti Berparti Bagai…” - Individu Dedah Perangai Sebenar Fattah Amin

gempak
18/09/2024
23:55 MYT
Isu rumah tangga pasangan selebriti Nur Fazura dan suaminya, Fattah Amin masih menjadi perbualan hangat di setiap media sosial sejak minggu lalu.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.