,
Berita

Fazley Yaakob Rancang Buka Pusat Latihan Kulinari

ZULHILMI JALIL
05/03/2020
07:02 MYT
Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberitahu bahawa dia merancang untuk membuka sebuah pusat latihan kulinari.
Fazley, 42, berkata, dengan adanya pusat latihan tersebut, secara tidak langsung dia dapat memperkasakan dunia pendidikan kulinari secara formal.
"Restoran Suka Sucre di Cheras akan berpindah ke tempat baharu dan saya target lokasi itu nanti untuk dijadikan sebagai sebuah pusat latihan kulinari.
"Bahkan, selama ini pun saya juga ada menerima pelajar yang ingin menjalani latihan industri di restoran, tapi tak boleh ambil ramai sebab ruang terhad.
"Kalau nak buat kelas latihan, saya terpaksa tutup restoran sementara," katanya kepada Gempak.
Katanya lagi, sebelum ini, dia pernah menerima permohonan sehingga 40 pelajar setahun yang menjalani praktikal di restoran miliknya.
Fazley berkata demikian ketika ditemui sewaktu Majlis Previu Media Sajian Merentasi Zaman: Cef Datuk Fazley Yaakob X Four Seasons Kuala Lumpur.
Bercakap mengenai kerjasamanya dengan hotel terkemuka itu, katanya, pada tahun ini, dia menampilkan lebih 80 menu istimewa daripada pada bulan Ramadan nanti.
"Kalau tahun lepas temanya lebih kepada menu Nusantara, tetapi kali ini, saya gabungkan juadah daripada semua negeri yang ada.
"Jadi, antara menu istimewa yang akan saya bawakan ialah nasi nyiru nostalgia dan puyuh salai kulit rambai," katanya yang memberitahu sajian tersebut boleh didapati bermula 24 April depan.
Sebelum ini, Fazley yang juga seorang penyanyi dan pelakon merupakan juara program MasterChef Selebriti Malaysia pada 2012.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Saya Bertuah Masih Hidup" - Gordon Ramsay Alami Kemalangan Basikal, Menggeletar Tunjuk Kesan Lebam

gempak
16/06/2024
11:13 MYT
Pantang maut sebelum ajal! Cef selebriti popular Britain, Gordon Ramsay bertuah masih diberikan kesempatan untuk meneruskan kehidupan selepas terbabit dalam kemalangan ngeri ketika melakukan aktiviti berbasikal baru-baru ini.
Hiburan

Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

gempak
09/04/2024
21:55 MYT
Pelakon sensasi Ruhainies memanjatkan rasa syukur dapat menunaikan ibadah pada hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah.
Berita

Hajat Beli Baju Raya Anak Tak Sampai, Suami Isteri Rentung Dalam Kemalangan

gempak
09/04/2024
00:25 MYT
Hasrat sepasang suami isteri untuk membeli baju raya empat anaknya tidak kesampaian, apabila kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Bukit Mantin menghala ke Seremban, pagi tadi. Hasmadi Ahmad, 56, berkata anak perempuannya, Noor Azeana Azreen dan menantunya Abdul Halim Mat Rani, dalam perjalanan dari rumah mereka di Beranang ke rumah k
Gaya Hidup

Cuaca Panas Melampau, Doa Penduduk Kampung Pesagi Minta Hujan Dimakbulkan

gempak
08/04/2024
23:55 MYT
Tiada doa yang mustahil untuk dimakbulkan oleh Sang Pencipta, Allah SWT. Itulah yang boleh dikaitkan dengan situasi penduduk di Kampung Pesagi, Maran, apabila doa mereka meminta hujan ekoran daripada cuaca panas melampau dikabulkan seusai solat Istisqa’ (Solat mohon hujan). Menurut Kadi Daerah Maran, Amirul Farhan Wahi memaklumkan jemaah menun
Viral

Flat Dipenuhi Lampu Warna-Warni Untuk Sambut Aidilfitri, Netizen Puji Muafakat Penduduk - “Mantap Ukhwah Rumah Flat Ni”

gempak
08/04/2024
13:27 MYT
Hari Raya Aidilfitri bakal diraikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia dalam beberapa hari sahaja lagi. Oleh kerana ia merupakan hari yang istimewa buat umat Islam, kedatangan hari raya selalunya disambut dengan pelbagai dekorasi seperti pemasangan lampu yang menghidupkan lagi suasana Aidilfitri. Itulah yang dapat dilihat menerusi satu hantar