,
Hiburan

Fazley Dipilih Sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia 2019 Kategori Kulinari!

Fiza Kamarudin
26/08/2019
22:00 MYT
Cef selebriti popular, Datuk Fazley Yaakob, diumumkan sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Di Asia 2019 bagi kategori kulinari pada majlis anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global & ERTC Media yang diadakan di Hotel Intercontinental, pada Isnin.
Pemilihan ini secara tidak langsung menjadi pertama dalam sejarah penganjuran Herald Global apabila mengangkat Fazley menerusi bidang masakan untuk Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 berbanding senarai penerima nominasi tahun terdahulu yang mengkhususkan bidang berlainan.
Menurut anak kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu, beliau tidak menyangka bahawa kerja keras yang ditunjukkan dalam bidang kulinari selama ini meraih tumpuan ramai sehingga diiktiraf oleh Herald Global.
“Pada awalnya, saya terkejut apabila menerima khabar ini apatah lagi diberitahu yang saya terpilih selepas beberapa kali melalui proses saringan bersama pencalonan 100 individu berpengaruh lain dari seluruh Asia.
“Kalau hendak diikutkan, ramai lagi individu lain yang lebih berpengalaman dan senior berbanding saya dalam bidang kulinari ini. Begitupun, saya anggap ia sebagai rezeki terbesar buat saya dan keluarga SukaSucre Bistro,” kata Fazley ketika ditemui pada majlis tersebut.
Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif juga merangkap Ketua Editor Herald Global, Saimik Sen.
Pada waktu sama, Fazley sempat berkongsi pandangan mengenai konsep One Asia bersama tetamu dalam ucapan beliau.
“Mewakili bidang kulinari, saya dapat lihat bahawa menu-menu di setiap negara Asia dapat mengeratkan hubungan sesama manusia sekali gus menjadikan kita dapat mengenali dan merasai sendiri makanan-makanan dari negara luar.
“Award yang diberikan ini memberi lebih semangat kepada saya untuk bekerja lebih keras lagi di masa hadapan lalu sentiasa menghasilkan pelbagai resepi yang melangkaui konsep SukaSucre Bistro iaitu From Rembau To Paris demi membawa nama tema One Asia ke dalam bidang kulinari secara menyeluruh.”
Selain bapa kepada empat cahayamata itu yang mewakili bidang kulinari, penyanyi Sufian Suhaimi, 27, turut dipilih sebagai Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 bagi kategori Selebriti/Hiburan.
Terdahulu, berita itu telah dimaklumkan sendiri oleh Penolong Pengurus Editorial Herald Global, Trishla Page yang berpengkalan di Mumbai, India bulan lalu kepada bekas juara MasterChef Celebrity 2012 itu di atas sumbangan beliau dalam memartabatkan industri makanan secara menyeluruh baik di dalam dan luar negara.
Selain pemilik SukaSucre Bistro ini, senarai individu lain yang pernah menerima kategori sama antaranya ialah Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif RAK Properties, Mohammed Sultan Al-Qadi, Pengarah Urusan Wockhardt Ltd, Murtaz Khorakiwala dan Ketua Pegawai Eksekutif Nayla Al Khaja Films, Nayla Al-Khaja.
Herald Global merupakan sebuah portal berpengaruh di India.
Penganjuran anugerah itu merupakan komitmen Herald Global dan ERTC Media untuk menghargai pencapaian setiap individu merangkumi pelbagai bidang.
Anugerah tersebut diadakan bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir populariti dalam industri keusahawanan, pembuatan dan rekaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.
Hiburan

Kagum Dengan Ciptaan Allah SWT, Alif Satar Sentuh Hati Netizen Dengan Nasihat - “Dia Tak Perlukan Kita, Kita Perlukan Dia”

gempak
11/09/2024
05:55 MYT
Pelakon dan penyanyi, Alif Satar berkongsi hantaran bermakna mengingatkan orang ramai terhadap kebesaran Allah SWT.
Hiburan

"Ya Allah Sedihnya" - Khai Bahar Peluk Kartina Aziz Sampai Alir Air Mata, Reaksi Netizen Bercampur-Baur!

gempak
11/09/2024
00:55 MYT
Tular di media sosial sebuah video yang memaparkan penyanyi Khai Bahar memeluk erat pelakon legenda, Kartina Aziz baru-baru ini.