,
Hiburan

Fattah Amin Jawab Dakwaan Berlaku Curang - “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Baik Saya”

Umirah Halim
07/10/2024
03:53 MYT
Pelakon, Fattah Amin akui sedih dan kecewa apabila mengetahui bekas isterinya, Nur Fazura, mendedahkan punca perceraian yang disifatkan tidak benar olehnya.
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia tidak berlaku curang sebagaimana yang didakwa Fazura.
“Saya nafikan benda itu, peguam dia (Fazura) sudah beritahu sebelum ini tiada kes curang, kenapa tiba-tiba ada kes curang?
“Itu semua saya nafikan. Saya pun ada bukti, itu tomahan untuk mencemarkan nama baik saya
“Sedangkan kita dah ada perjanjian sebelum saya lafaz tadi, sepatutnya menjaga aib masing-masing,”katanya.
Selain itu, Fattah juga menegaskan perceraian mereka berlaku disebabkan tiadanya persefahaman selain mengakui tidak pernah gagal menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami termasuk memberikan nafkah.
“Saya terkejut dan sedih apabila ada kenyataan seperti itu daripada Fazura.
“Tiada persefahaman itu sahaja. Mengenai tidak berikan nafkah, saya ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan transaksi semua ke keluarga.
“Tetapi mungkin itu tak cukup untuk dia.
“Saya sebanarnya juga dah tahu semua benda tetapi kita dah bersetuju untuk tidak membuka aib masing-masing.
“Saya juga sudah bersetuju untuk tidak memfailkan nusyuz.
“Janganlah buat perkara sebegini nanti malu anak tengok,”katanya lagi.
Tedahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari hari ini.
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fazura Dakwa Fattah Amin Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Saya Harap Dia Datang Pujuk…”

gempak
07/10/2024
05:55 MYT
Mengakui rasa terkilan, Fazura, 41, berkata, dia sering berdoa agar bekas suaminya datang untuk memujuk dirinya.
Hiburan

Fazura Dedah Fattah Berlaku Curang, Terkilan Pengorbanan Dipersiakan - “Bertahun-Tahun Saya Hidup Sengsara”

gempak
07/10/2024
03:30 MYT
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, berkongsi bahawa dirinya sudah dua tahun hidup dalam kesengsaraan dan tidak berasa bahagia dalam perkahwinan.
Hiburan

Fazura Menangis, Fattah Amin Sah Lafaz Cerai Talak Satu

gempak
07/10/2024
03:18 MYT
Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Hiburan

Tiba Di Prosiding Kedua Kes Perceraian, Ini Harapan Fattah-Fazura

gempak
07/10/2024
02:00 MYT
Pelakon Nur Fazura menyatakan hantaran ‘quote’ yang dimuat naik pagi tadi tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kemelut rumah tangganya.
Hiburan

“Perkara Ini Akan Dimuktamadkan Secara Baik” - Peguam Fattah Amin

gempak
07/10/2024
01:18 MYT
Peguam syarie mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong menyatakan setakat ini beberapa perkara akan dimuktamadkan secara baik.
BorakSeeni