,
Hiburan

Fazura Dakwa Fattah Amin Tiada Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Saya Harap Dia Datang Pujuk…”

Firdaus
07/10/2024
05:55 MYT
Pelakon Nur Fazura mendakwa bekas suami, aktor Fattah Amin tiada sebarang usaha untuk menyelamatkan rumah tangga sepanjang tempoh dua bulan mereka tidak tinggal sebumbung.
Mengakui rasa terkilan, Fazura, 41, berkata, dia sering berdoa agar bekas suaminya datang untuk memujuk dirinya.
“Sudah dua bulan kami tidak tinggal sebumbung. Tapi dalam tempoh itu saya harap dia datang pujuk, namun tiada pun Whatsapp atau ucapan ‘I’m sorry’.
“Sebagai seorang isteri adakala berasa marah, tetapi saya berharap dia datang dan pujuk. Saya bercakap benar, Allah tahu saya tidak menipu.
“Dia datang rumah dua kali untuk jumpa anak. Ada sekali dia datang waktu saya failkan perceraian dan datang sebelum kami bercerai untuk ambil baju. Tetapi waktu itu saya tiada di rumah.
“Hati saya remuk, saya berdoa kepada Allah dia datang untuk pujuk. Mungkin kalau dia pujuk saya akan berlembut hati dalam tempoh dua bulan itu. Tapi tiada langsung inisiatif yang dia buat menunjukkan dia benar-benar sayang saya,” katanya.
Fazura berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari sejurus Fattah melafazkan cerai talak satu pada jam 9.45 pagi Isnin.
Dalam pada itu, Fazura turut mendakwa keluarga mentua tidak mencuba untuk menghubungi dirinya untuk bertanya khabar sepanjang kemelut rumah tangga berlaku.
“Saya memang sayangkan keluarga mentua macam keluarga saya sendiri. Tapi saya agak terkilan langsung tiada di antara mereka yang hubungi untuk bertanya khabar saya dan Fatima. Apa pun saya sudah maafkan mereka.
“Banyak usaha saya lakukan untuk selamatkan rumah tangga. Sebab lama saya bertahan cuma tidak tunjuk di sosial media. Orang nampak saya gembira tetapi Allah sahaja tahu mental saya tertekan,” ujarnya.
Terdahulu, Fattah dan Fazura disahkan bercerai talak satu dan lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh kira-kira jam 9.45pagi.
Pada 13 September lalu, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Fattah Amin Sebak Terpaksa Tipu Anak, Keluar Rumah Atas Faktor Kerja - “Dia Nak Saya Balik Rumah..”

gempak
07/10/2024
07:55 MYT
Pelakon, Fattah Amin akui kesal apabila kemelut rumah tangganya bersama bekas isteri, Nur Fazura memberi kesan kepada anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Hiburan

Dedah Aib Fattah, Peguam Beritahu Fazura Boleh Disabitkan Hukuman Penjara Kerana Hina Perintah Mahkahmah

gempak
07/10/2024
07:25 MYT
Peguam mewakili Fattah, Zulkifli Che Yong, mendakwa Fazura boleh dikenakan penjara sekiranya disabit melanggar perjanjian yang dipersetujui bersama bekas suami sebelum kedua-duanya sah bercerai.
Hiburan

Fattah Amin Sudah Usaha Selamatkan Rumah Tangga - “Datang Rumah Pujuk, Tapi Dihalang Masuk…”

gempak
07/10/2024
06:55 MYT
Menurut Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, dia bagaimanapun terkilan kerana segala usahanya untuk bertemu dengan Fazura telah dihalang pihak tertentu.
Hiburan

Fazura Dedah Fatima Tak Pernah Dapat Duit Raya Daripada Fattah Amin - “Sejujurnya Saya Memang Sedih…”

gempak
07/10/2024
06:55 MYT
Menurut Fazura, 41, mengakui berasa terkilan dengan sikap Fattah yang seolah-olah tidak berasa kasihan dengan puteri mereka.
Hiburan

Fattah Amin Jawab Dakwaan Berlaku Curang - “Itu Tohmahan Untuk Cemarkan Nama Baik Saya”

gempak
07/10/2024
03:53 MYT
Menurut pelakon berusia 34 tahun itu, dia tidak berlaku curang sebagaimana yang didakwa Fazura.
BorakSeeni