gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tiga Termasuk Dua Kanak-Kanak Maut Bot Terbalik Di Pulau Perhentian
HIBURAN
Azhan Rani Sedih Lihat Warga Emas Dihalau Ketika Beriktikaf Di Surau - “Pada Yang Merakam Pakcik Itu…”
HIBURAN
Memang Macam Ernie! Netizen Terhibur Lihat Khawla Buat Rutin Tarian Sebelum Ke Sekolah - “So Kena Buat Macam Ni Ambil Mood Kerja”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…

Umirah Halim
Umirah Halim
29/06/2025
04:55 MYT
Sponsor Banner
Fattah Amin Buat Kejutan Di Konsert Jiwa Kacau 2025, Umum Sudah ‘Engaged’ Dengan…
Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mencuri tumpuan lebih 13,000 penonton apabila muncul secara mengejut di Konsert Jiwa Kacau 2025 yang berlangsung meriah di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi.
Kemunculan Fattah bukan sekadar sebagai penonton, tetapi turut membuat persembahan istimewa menyanyikan lagu Tapi Bukan Aku nyanyian asal kumpulan Indonesia, Kerispatih.
Lebih mencuri perhatian, selepas persembahan, pengacara pentas yang juga penyampai radio ERA, Radin, secara spontan mengusik Fattah di hadapan ribuan penonton.
“Di sana ada Amira Othman juga duduk di sana, saya nak tahu hubungan korang… tapi betul ke korang dah engage?” soal Radin.
Dengan tenang, Fattah hanya tersenyum mendengar gurauan tersebut dan memberi jawapan bersahaja tanpa mengiyakan atau menafikan secara langsung.
“Pertama kali, kami rakan sekerja. Jadi dia kena teman rakan sekerja,” katanya berseloroh.
Namun, suasana stadium menjadi lebih riuh apabila Fattah melanjutkan kenyataan itu dengan satu ‘pengakuan’ yang membuat ramai terpinga-pinga.
“Saya nak bagitahu semua… pengakuan eksklusif di Konsert Jiwa Kacau ini… saya memang dah engaged!” katanya, disambut sorakan lebih 13,000 penonton.
Namun, seperti dijangka, Fattah kemudian mengakhiri kenyataan itu dengan twist yang sebenar.
“Tapi belum habis lagi… saya sebenarnya dah engaged dengan NEX.
“Kalau korang perasan, ada stesen NEX dekat luar. Kalau tengah panas, berpeluh, jangan lupa dapatkan NEX ,” jelasnya.
Pendedahan itu mengesahkan perlantikan rasmi Fattah sebagai Duta Jenama NEX, air mineral generasi baharu Malaysia.
Sebaik sahaja pengumuman itu dibuat, tayangan video montaj rasmi NEX dipertontonkan di skrin gergasi stadium.
Pelancaran rasmi NEX di Konsert Jiwa Kacau turut diserikan dengan pelbagai aktiviti promosi termasuk permainan interaktif, pengagihan produk dan barangan eksklusif, serta kempen peraduan Hydrate & Win yang menawarkan peluang memenangi sesi istimewa ‘Day Out’ bersama Fattah Amin.
Konsert Jiwa Kacau 2025 menampilkan gabungan artis-artis ternama dari Malaysia dan Indonesia. Antara barisan line-up yang menghangatkan pentas malam tadi ialah Wali Band, Kerispatih, Bunkface, Spider, The Lantis dan Hujan.
Topic Berkaitan
#Amin
#Fattah
#Kejutan
#Jiwa Kacau
#engaged
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement