,
Hiburan

Fathia Mahu Tenung Muka Remy Ishak Sampai Tertidur, Ini Pula Respons Tiz Zaqyah

Amri Hassan
28/11/2017
07:11 MYT
Pelakon sensasi Fathia Latiff sekali lagi mencuri perhatian netizen di media sosial Twitter petang semalam apabila membalas kenyataan pelakon kacak Remy Ishak dalam situasi sangat janggal.
Terdahulu, Remy mengemas kini akaun Twitternya dengan mengajukan soalan kepada peminatnya jika berpeluang bercuti bersama-sama.
Tulis Remy; "Jika anda seorang peminat dan berpeluang untuk bercuti bersama saya, apakah yang akan anda lakukan sepanjang perjalanan." Entri Remy sekitar pukul 9 pagi semalam mendapat pelbagai respons daripada peminatnya yang rata-rata teruja untuk bercuti bersama-sama pelakon filem Cun itu.
Bagaimanapun, lewat petang semalam Fathia tidak melepaskan peluang untuk berkongsi perkara yang ingin dilakukan dengan Remy sekiranya berpeluang bercuti bersama.
"Saya akan tenung je muka awak sampai tertidur," tulis Fathia ringkas sekitar pukul 7 petang semalam. Reaksi Fathia yang bersifat gurauan itu dengan pantas mendapat kicau semula (retweet) dan tanda suka (likes) daripada peminatnya.
Lebih menarik, status itu mendapat respons daripada bekas kekasih Remy, Tiz Zaqyah yang hanya menulis "Uish".
Malah, peminat juga kembali mengingatkan Fathia bahawa Remy sudah berstatus tunangan orang dan memohon agar pelakon itu untuk 'move on'.
"Tunang orang tu," tulis @baniey_arbi90.
"Dah boleh move on ah Fathia," balas @Izshaziera.
Menurut kemas kini akaun Instagram Remy, pelakon itu kini sedang bercuti di New Zealand selepas penggambaran drama bersiri di Bangka Belitung, Indonesia sejak awal November.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Tiz Zaqyah Bengang Ada Individu Backup Abang Bas, Kongsi Pengalaman Rakan Sendiri Kena Gangguan Seksual

gempak
08/09/2024
06:55 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah membidas tindakan sesetengah warganet yang bertindak mempertahankan isu Abang Bas yang tular baru-baru ini.
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Viral

Kisah Menarik Disebalik Lima Cincin Termahal Yang Menjadi Idaman Ramai, #5 Tu Tengah Jadi Rebutan Sekarang!

gempak
11/06/2024
06:55 MYT
Sudah pasti ramai dalam kalangan wanita yang minat memakai perhiasan seperti barang kemas dan cincin berlian.
Hiburan

Digandingkan Sebagai Abang & Adik Dalam Filem ‘The Experts’, Aaron Aziz Dedah Sisi Lain Syafiq Kyle - “Dia Seorang Yang…”

gempak
09/06/2024
07:55 MYT
Pertama kali bergandingan dalam filem aksi The Experts, pelakon Datuk Aaron Aziz memuji cara kerja dan personaliti aktor Syafiq Kyle.
Filem

Bergaduh Gara-Gara Tak Puas Hati Dengan The Experts, Zhafvlog 'Bersemuka' Dengan Abang Riak! - “Kenapa Kau Bagi Filem Ni Level Popcorn?”

gempak
08/06/2024
04:50 MYT
Pengulas filem bebas, Zhafvlog akhirnya bersemuka dengan seorang individu dikenali sebagai Abang Riak yang mengkritik ulasannya mengenai filem heist pilihan ramai ketika ini iaitu The Experts.
BorakSeeni