Laman Utama
"Fashionista Sejak Lahir!" - Foto Fazura Ketika Masih Kecil Curi Perhatian Ramai!
Umum mengetahui aktres jelita Nur Fazura mempunyai citarasa tinggi dan bijak mengatur gayanya dalam berfesyen.
Isteri kepada aktor Fattah Amin itu sering kelihatan 'fabulous' dan dilabel sebagai salah seorang ikon fesyen di Malaysia.
Terbaru, Fazura berkongsi foto lama ketika usianya masih kecil bersama rakan-rakan sekolah di Instagram.
Menariknya tentang foto itu, Fazura kelihatan berbeza berbanding rakan-rakannya dengan mengenakan topi hitam, cermin mata bulat gelap, baju merah jambu dan rantai mutiara.
Rakan-rakan di sekelilingnya hanya memakai uniform sekolah berwarna putih, tersenyum gembira bersama Fazura ketika itu.
"I was always the odd one out (saya selalu ganjil dari yang lain)," selorohnya di ruangan kapsyen.
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon dari netizen, kebanyakan mereka memuji bintang kelahiran Pekan, Pahang itu sudah pandai bergaya sejak kecil lagi.
"Memang dari kecil pandai bergaya sampai lah sekarang memang bersinar bintangnya," tulis netizen.
"Fashionista since born," komen pengguna Instagram yang lain.
"Always the queen," tulis seorang lagi warganet.
"Dari kecil dah nampak bakatnya," tulis netizen lain.
"Comelnya, aura idola tu dari kecil dah ada ni," tulis seorang lagi.
Sekadar info, Fazura mendirikan rumah tangga bersama Fattah Amin pada 27 November 2017.
Pasangan bahagia itu dikurniakan cahaya mata comel Fatima Aisya yang kini berusia setahun.
Must-Watch Video