HIBURAN
Farid Kamil Tak Terburu-Buru Soal Jodoh, Lebih Fokus Kerja - “Hati Saya Tak Pernah Tertutup…”
Pelakon, Farid Kamil mengakui tidak pernah menutup pintu hati untuk insan bergelar wanita.
Hati tak pernah tertutup
Bagaimanapun kata Farid, dia lebih selesa memberikan tumpuan terhadap kerjaya seni selain menyerahkan urusan jodoh kepada ketentuan Ilahi.
“Saya rasa bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan untuk kata saya membuka hati kepada sesiapa itu, hati saya tak pernah tertutup.
“Tetapi hati saya lebih menjurus kepada melebihkan dalam melakukan kerja-kerja ibadah untuk diri saya sendiri.
“Sebab jodoh, pertemuan, ajal, maut semua ditangan Tuhan. Saya tidak tergopoh gapah untuk ke arah itu.
“Saya berserah kepada Allah untuk menentukan kemana hala tuju saya selepas ini di dalam memenuhkan hati dan perasaan saya,” ujarnya.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada majlis D’ Ayu Gathering bertempat di The Confetti Kuala Lumpur pada Khamis.
Mahukan yang memahami
Ditanya ciri-ciri wanita yang bagaimana menjadi pilihannya, Farid berkata dia mahukani wanita yang boleh memahami dan menerima dia seadanya. Selain boleh bertindak sebagai pemangkin semangatnya.
Malah Farid juga tidak kisah sama ada wanita itu bergelar artis ataupun tidak.
“Apa yang penting dia perlulah seorang yang boleh memahami saya dengan seadanya. Artis ataupun tidak, saya tak serahkan kepada jodoh.
“Kalau boleh wanita itu biarlah boleh menjadi menjadi pemangkin semangat untuk saya,” ujarnya.
Syukur dengan kehidupan
Mengulas mengenai kehidupannya, teraju utama filem Telaga Suriram itu berkata dia seronok dengan kehidupannya dan merasa diberkati.
“Alhamdulillah kehidupan saya cantik dan saya rasa sangat bersyukur dengan kehidupan saya kini.
“Sekarang ini lebih banyak masa untuk diri saya, lebih banyak masa untuk saya fokuskan apa yang penting dalam hidup saya, selain daripada itu saya bersyukur.
“Saya belum pergi travel mana mana lagi sebab kita dalam rangka mempromosikan filem back to back, itu adalah keutamaan saya sekarang, mencari nafkah untuk anak-anak,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:Farid Kamil Tiada Masalah Bekerjasama Dengan Diana Danielle Meski Sudah Bercerai - “Saya Okey Sebab Kami Ini…”
ARTIKEL BERKAITAN:Diana Danielle Tak Halang Farid Kamil Jumpa Anak-Anak - "Keadaan Sudah Cukup Sukar, Jangan Sukarkan Lagi"
ARTIKEL BERKAITAN:Mahu Beri Ruang, Puteri Sarah Akui Terkejut Bila Tahu Diana Danielle Nak Cerai - “Kalau Dia Sendiri Nak Hubungi Saya & Bercerita…”
ARTIKEL BERKAITAN:Luah Rasa Sayang, Farid Kamil Titip Pesanan Buat 2 Anaknya - “Jangan Tinggal Sembahyang…”
ARTIKEL BERKAITAN:Iqbal Zulkefli Kongsi Foto Dengan Diana Danielle, Siap Letak Kapsyen ‘Sweet’ - “Terima Kasih Telah Hadir Di Sisi & Hati saya”
Terdahulu, Farid sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon kacukan Diana Danielle, 33, pada 3 November 2012.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata Muhammad, 12, dan Nur Aurora, 10.
Mereka bagaimanapun bercerai buah kali pertama melalui Google Meet pada 10 Ogos 2023 tetapi kembali rujuk ketika dalam iddah.
Bagaimanapun Diana kembali memfailkan perceraian kerana tidak mampu lagi memulihkan kembali hubungan rumah tangga itu dan bercerai buat kali kedua Mac lalu.
Must-Watch Video