HIBURAN
Farid Kamil Ada Mesej Minta Maaf, Yamani Serahkan Segalanya Kepada Bapa - “Saya Cuma Mewakili Keluarga & Peminat Yang…”
Anak kepada Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah, Yamani Abdillah enggan mahu mengulas panjang mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Farid Kamil baru-baru ini.
Jelas Yamani, bekas suami Diana Danielle itu ada menghubungi dirinya secara peribadi dan menyampaikan permohonan maaf atas keterlanjurannya menyebut nama Datuk Jamal Abdillah dalam satu program temubual.
“Saya taknak ulas panjang-panjang tapi Farid Kamil ada mesej saya secara personal dan meminta maaf.
"Tapi saya tak dapat komen apa apa lagi sebab itu semua atas ayah saya sahaja,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Tambah penyanyi itu lagi, tindakannya sebelum ini yang menegur secara terbuka adalah semata-mata untuk mempertahankan maruah bapanya dan juga mewakili para peminat Datuk Jamal yang kecewa dengan tindakan pelakon tersebut.
Bagaimanapun, Yamani menegaskan keputusan untuk memaafkan Farid Kamil adalah hak ayahnya, dan dia tidak mahu mencampuri urusan tersebut.
“Saya cuma mewakili keluarga dan peminat baba yang marah tentang isu ini . Tapi selebihnya stas ayah saya sendiri .
“Tanggungjawab saya sebagai anak sulung menyuarakan isu ini settle. Yang lain Terpulang pada ayah saya,” kongsinya.
Terdahulu, Farid Kamil mengakui kekhilafannya dan telah memohon maaf kerana menyebut nama Datuk Jamal Abdillah dalam sesi ‘Podcast Lelaki’ yang tular baru-baru ini.
Menurut pelakon Lagenda Budak Setan, perkongsiannya dalam podcast itu bertujuan memberi pengajaran kepada masyarakat agar tidak terjebak dalam kisah gelap atau penyalahgunaan bahan terlarang. Namun begitu, ia telah disalah ertikan selepas dia memetik nama Jamal dalam penceritaannya.
Sebelum ini, Farid meluahkan rasa kesal apabila difitnah mengambil bahan terlarang ketika menghadiri majlis pelancaran filem Anwar: The Untold Story, yang turut menjadi topik perbincangan dalam podcast berkenaan.
Tindakan Farid yang mengaitkan nama Jamal telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen, yang rata-ratanya berang dan mengecam tindakan tersebut.
BERITA BERKAITAN: Farid Kamil Mohon Maaf Petik Nama Jamal Abdillah, Belum Terima Respons Dari Empunya Badan - “Saya Kesal…”
BERITA BERKAITAN: Jamal Abdillah Tepis Dakwaan Zaki Yamani & Yamani Abdillah Tumpang Populariti - “Lari Macam Mana Pun, Bunyi Ayah Mereka Pasti Akan Ada”
BERITA BERKAITAN: amal Abdillah Tetap Beri Bantuan Walau Zaki Yamani Berhabis 40,000 Demi Sambung Belajar - “Saya Akan Tanggung”
BERITA BERKAITAN: Ikut Secara Rapat, Yamani Cari Pemilik Kereta Nissan Almera Elak Bayar Tol - “Kau Takkan Pergi Jauh, Standby Kena Angkut!”
Must-Watch Video