,
Hiburan

Farhan Asri Insaf Kena Kafan! - "Beginilah Agaknya Rupa Terakhir Saya Sebelum Ke Negara Abadi"

Amri Hassan
07/11/2020
02:45 MYT
Pelakon Farhan Asri mencetuskan panik apabila memuat naik sekeping foto dirinya dalam keadaan terbaring dan dikafankan oleh beberapa lelaki.
Menerusi kemaskini akaun Instagramnya, Farhan memaklumkan itu sebahagian daripada babak lakonannya untuk drama terbaharu berjudul Menantu Tok Sintok.
Berkongsi perasaan dikafankan seperti jenazah, kata Farhan, terdetik dalam hatinya perasaan sayu, hiba, sedih dan takut.
"Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah.
"Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok.
"Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan.
"Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur," katanya.

Bismillah.. Allahuakhbar.. Salam jumaat semua, Kematian bukan satu perkara yang ditunggu-tunggu oleh kita semua. Namun mati itu pasti dan ia kekal menjadi rahsia Allah. . Beginilah agaknya rupa wajah terakhir saya sebelum ke negara abadi. Perasaan sedih, tergamam, gemuruh, takut, gementar dan macam-macam lagi bermain di fikiran masa penggambaran drama Menantu Tok Sintok. Agak takut jugalah bila ada babak dikafankan. Watak Badrol yang saya bawakan ini benar-benar memberi iktibar dan keinsafan. Gila tak insaf bila tengok diri sendiri dikafankan. Jujur cakap saya belajar banyak benda dalam drama ini seperti mandikan jenazah, kafankan jenazah mahupun gali kubur. Saya bersyukur Allah bagi saya rezeki ini. Sedikit sebanyak Dia jentik hati saya supaya tak terus leka. Saya juga timba satu pengalaman baru yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini. Eh! emosi pulak hari ini. Sebenarnya just nak share ini salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam Hd tak lama lagi. . Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai. Terima kasih kepada penerbit Datuk @a_aidaproduction sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang sporting dan terbaik. #menantutoksintok @a.aidaproductionsdnbhd

A post shared by Farhan Asri (@farhanasrii) on

Menurut Farhan, watak utama sebagai Badrol dalam drama terbabit memberi pengalaman dan cabaran baharu dalam hidupnya.
"Saya timba satu pengalaman baharu yang tak pernah saya bayangkan dan tak mudah untuk dilakukan sebab pikul tanggungjawab berat kali ini.
"Ini antara salah satu babak yang perlu saya bawakan dalam drama Menantu Tok Sintok siaran Salam HD tak lama lagi. Doakan semoga perjalanan karier saya dipermudahkan dan mendapat kepercayaan ramai.
"Terima kasih kepada penerbit Datuk A Aida sebab beri kepercayaan dan tidak dilupakan pengarah hebat Lizam Togel (Ujang) sebab selalu mencabar saya jadi lebih baik serta krew produksi yang terbaik," tulisnya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Selepas Ditahan Di Wad Zon Merah, Lan Pet Pet Syukur Kembali Sihat - “Saya Tak Henti Berzikir, Dapat Keluar Malam Tu Juga"

gempak
20/09/2024
05:55 MYT
Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet berkongsi kisah dia terpaksa dikejarkan ke hospital apabila tiba-tiba jatuh sakit pada malam 31 Ogos lalu.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Hiburan

Daniel Leong Serius Ceburi Bidang Lakonan, Akui Loghat Sabah Sebagai Cabaran – “Saya Juga Half Chinese…”

gempak
18/09/2024
03:55 MYT
Model dan juga pempengaruh Daniel Leong kini serius dalam menceburkan diri dalam bidang lakonan.
Hiburan

Aiman Ameer Kalis Wajah Disamakan Dengan Artis Lain, Cerita Kisah Lucu Ditahan Di Road Block - "Saya Perasan Bila Ada Yang Kata ..."

gempak
18/09/2024
03:25 MYT
Pelakon meningkat naik, Aiman Ameer tampil memberi respons apabila ramai menyatakan wajahnya seiras dengan beberapa selebriti lain.
Hiburan

Beto Kusyairi Titip Nasihat Buat Pelakon Baharu Yang Idamkan Trofi Oscar - "Kita Kena Sedar Diri Kita .

gempak
17/09/2024
01:55 MYT
“Kita kena sedar diri kita,” itulah reaksi pelakon Beto Kusyairi apabila ditanyakan sama ada dirinya pernah memburu untuk memperolehi trofi Oscar.