HIBURAN
Fara Salleh Dakwa Shuk Sahar Tidak Bantu Urus Persiapan Cahaya Mata, Lebih Sibuk Buat Konten Sampah - “Shuk Hanya Bagi S*erma…”
Drama rumah tangga antara pelawak, Shuk Sahar dan isterinya, Fara Salleh masih hangat apabila Fara mendakwa suaminya itu tidak pernah ambil kisah mengenai persiapan untuk menimang cahaya mata baharunya.
Menerusi perkongsian di Instagram Stories, Fara menyatakan suaminya yang merupakan bekas penyampai radio itu lebih sibuk menghabiskan masa untuk membuat kandungan digital bersama rakan-rakannya.
“Maaf, uncle Shuk hanya bagi sperma sahaja. Dia tak ada dalam urusan penyediaan barang, check up, segala ubatan, makan, minum dan sebagainya.
“Shuk yang pergi umrah empat kali sibuk dengan konten sampah bersama kawan-kawan dan tiga perempuan di Johor Bahru,” katanya.
Pada masa sama, Fara juga berkongsi di Instagram bakal menimang cahaya mata perempuan dan kini sedang sibuk membeli barangan untuk anak yang bakal lahir.
“Semua orang ingatkan lelaki, saya pun macam tu namun selepas beberapa kali membuat pemeriksaan dan sah ianya
"Semua orang menjangkakan bayi lelaki, begitu juga saya. Namun, selepas beberapa kali imbasan dan hari ini disahkan sekali lagi, rupanya saya bakal menimang seorang bayi perempuan 🤍.
“Dia seorang yang kuat dan hebat di dalam rahim saya. Alhamdulillah, dia sihat dan sangat aktif menendang. Saya juga akan memasuki trimester ketiga dalam beberapa minggu lagi. Syukur, beberapa persiapan telah saya lakukan, dan inshaaAllah, semuanya akan baik-baik saja untuk saya dan si kecil." ujarnya.
Terdahulu, Fara memaklumkan telah memfailkan perceraian terhadap pelawak berkenaan pada awal Februari lalu.
Untuk rekod, Fara telah mendirikan rumah tangga bersama Shuk pada November 2023.
Must-Watch Video