,
Laman Utama

Famous Di TikTok! Baelon Kini Bergelar Penyanyi!

Asraf Aided
30/03/2021
12:55 MYT
Mungkin ramai yang pernah melihat penyanyi baru ini di program TV atau mengikutinya di TikTok. Kelincahan Baelon semestinya disukai dan diingati ramai.
Bergelar artis baru Sony Music Malaysia, Baelon kini tampil dengan lagu sulungnya berjudul Gedik.
Lagu berdurasi satu minit ini menjadikan lagu ikonik, Cek Mek Molek nyanyian Datuk M Daud Kilau sebagai inspirasi utama.
“Secara peribadi, Cek Mek Molek adalah antara lagu kegemaran saya kerana ia ikonik dan malar segar, sejak kanak-kanak lagi saya sudah mendengar lagu itu.
"Jadi, selepas membuat perbincangan bersama pihak pengurusan dalam aspek pemilihan lagu, kami bersetuju untuk tampil dengan Gedik.
"Semestinya saya sangat teruja apabila mendapat peluang keemasan untuk memberikan nafas baharu terhadapnya.
"Datuk M Daud Kilau memang idola saya, beliau punya cara tersendiri dan tak semua orang mampu menandingi gayanya,” kata Baelon.
Tambah Baelon, dia mencabar diri untuk belajar dan menulis sendiri lirik rap dalam lagu tersebut.
“Saya cuba tulis dan belajar rap buat pertama kali. Sejak dulu pun saya memang berangan jadi penyanyi serta penulis lagu.
"Bo selaku penerbit yang mencipta rentak sebelum saya terfikir alangkah menarik jika dimasukkan rap.
"Kemudian cuba untuk gunakan kemahiran rap amatur saya untuk cipta lirik yang mesra telinga.
“Jenis ayat saya gunakan adalah perkataan yang biasa saya cakap. Untuk rakaman, agak sulit sebab saya tak biasa lagi. Nak kena rakam lapis demi lapis dan waktu itu Bo pula tak dapat nak hadir secara bersemuka sebab terpaksa kuarantin diri.
"Kami hanya dapat berinteraksi menerusi atas talian. Apapun, ia satu pengalaman baharu yang sangat berharga buat saya,” katanya.
Meskipun memiliki lebih 48,000 pengikut di Tik Tok dan pernah ditampilkan dalam kempen It Starts on Tik Tok, Bael0n bagaimanapun tidak pernah menganggap dirinya selebriti Tik Tok.
Baginya, dia cuma mahu berkongsi rasa cinta mendalam dalam bidang tarian, cipta koreografi dan nyanyian.
Gedik boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hiburan

30 Tahun Dalam Industri Muzik, Nora Ariffin Syukur Impian Adakan Konsert Solo Tercapai - “Hampir Mengalah…”

gempak
14/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin menzahirkan rasa syukur apabila impiannya untuk menjalankan konsert tercapai setelah 30 tahun berada dalam industri muzik tanah air.