gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Guang, Sepet Antara Filem Ditayang Semula Di Festival Filem China-Malaysia
BERITA
Bekas Puteri Jepun, Mako, Selamat Lahirkan Anak Sulung
HIBURAN
Ikmal Amry Kongsi Cara Kekalkan Keharmonian Rumah Tangga - “ Jangan Bagi Ada Ruang Untuk Dia Fikir Bukan-Bukan”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

The Family UK Kongsi Foto Terkini Fatimah, Keluarga Sifatkan Pejuang Berani Lawan Penyakit Kronik - “Alhamdulillah…”

gempak
Khairil Khusyairi
31/05/2025
04:50 MYT
Sponsor Banner
The Family UK Kongsi Foto Terkini Fatimah, Keluarga Sifatkan Pejuang Berani Lawan Penyakit Kronik - “Alhamdulillah…”
Keluarga ‘The Family UK’ kembali membuat perkongsian keadaan anak perempuan mereka, Fatimah di media sosial, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), keluarga yang menetap di United Kingdom itu memuat naik sekeping foto memaparkan Fatimah mengenakan telekung dan sedang duduk berdoa.
“Alhamdulillah tidak bermakna segalanya sempurna atau bebas dari kesakitan. Ia bermakna bahawa dalam setiap keadaan, sama ada kesenangan atau kesusahan, kegembiraan atau kesedihan, kita mengakui hikmah dan rahmat Allah.
“Ia adalah satu lafaz yang penuh makna, membawa ketenangan, penyembuhan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada-Nya,” tulis The Family Uk.
Dalam masa sama, keluarga tersebut turut menyifatkan Fatimah adalah seorang yang kuat dan berani melawan penyakit kroniknya selama ini.
“Dengan linangan air mata dan penuh keimanan, Alhamdulillah atas anugerah anak perempuan saya yang kuat.
“Fatimah, pejuang berani saya, yang melawan penyakit kroniknya dengan keberanian yang melebihi usianya.
“Ketabahannya adalah tanda daripada Allah bahawa kekuatan boleh hadir dalam bentuk yang paling lembut. Dia mengajar kami setiap hari bahawa kesabaran dan ketekunan adalah ibadah.
“Setiap lawatan ke hospital, setiap ubat yang diambil, setiap hari yang penuh kesakitan, semuanya tidak terlepas daripada perhatian Allah. Dia mengajar kami erti Sabr dan keimanan yang tidak goyah walaupun tubuh lemah. Melaluinya, kami menyaksikan keajaiban dalam ketabahan, belas kasihan dan kasih sayang,” coretnya lagi.
Terdahulu, Fatimah mendapat perhatian ramai apabila kondisi kesihatannya cetus tanda tanya apabila banyak berkongsikan momen di hospital.
Untuk info, ‘The Family UK’ mula dikenali apabila tiga beradik iaitu Omar Mukhtar, Fatimah dan Ali sering membuat video dalam loghat Kelantan.
Malah, tiga beradik tersebut amat rapat dengan bapa saudara mereka yang juga Cef Selebriti, Allahyarham Adam Idam atau Muhammad Adam Mahamed Ismail.
Adam menghembuskan nafas terakhir pada usia 29 tahun akibat jangkitan paru-paru.
Topic Berkaitan
#Kesihatan
#Fatimah
#Family
#Penyakit
#Kronik
#“The
#Keadaan
#UK”
Must-Watch Video