HIBURAN
Faktor Usia Jadi Punca, Jaclyn Victor Tiada Niat Nak Rahsiakan Perkahwinan - “Bukan Saya Tak Mahu Tapi…”
Penyanyi, Jaclyn Victor mengakui dia tidak berniat untuk merahsiakan perkahwinannya dengan seorang padri bernama Calvin T. Sammuel.
Berasakan faktor usia mempengaruhi dirinya, Jaclyn bagaimanapun sudah menjangkakan rakan-rakan yang hadir ke majlis perkahwinannya itu akan berkongsi momen tersebut di media sosial.
“Bukan saya mahu berahsia tapi kerana usia saya sudah begini apatah lagi ini bukan perkahwinan pertama saya.
“Biarlah itu menjadi perkara peribadi, sesuatu yang baik untuk saya namun bukan saya tidak mahu beritahu semua orang. Memang malam itu saya tahu kawan-kawan saya akan muat naik di media sosial,” katanya kepada Gempak.
Jaclyn berkata demikian ketika menghadiri majlis sidang media BCL: Eternal Love - Timeless Romance yang berlangsung di Imperial Lexis Hotel, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambahnya lagi, dia sendiri lebih selesa untuk tidak terlalu menghebohkan urusan peribadinya.
“Saya rasa tidak perlu nak dihebohkan, saya memilih untuk menyimpan hal peribadi,” jelasnya.
Untuk rekod, Jaclyn Victor pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi Amerika Syarikat, Shawn Rivera pada Julai 2014. Namun bercerai selepas lima tahun berkahwin.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Jonah Joshiah Rivera, 10, dan Molly Marguerite Rivera, 8.
BERITA BERKAITAN: Gaun Pengantin Jaclyn Victor Jadi Bualan Netizen - “Cantik & Nampak Lebih Sopan…”
BERITA BERKAITAN: Pilih Tarikh 25.5.2025, Jaclyn Victor Kahwini Pensyarah Calvin T Samuel!
BERITA BERKAITAN: Datang Majlis Kahwin Jaclyn Victor Berseorangan, Netizen Tak Sabar Tunggu Giliran Hael Husaini - “Nanti Sebelah Awak…”
Must-Watch Video