Hiburan
#FailJenayah: Pembunuhan Kejam Along Spoon, Mayat Disumbat Dalam Guni & Pembunuh Bebas Selepas Penjara 33 Tahun
Berita kematian melibatkan Along Spoon telah mengemparkan dunia industri sekitar tahun 90-an dan lebih mengejutkan apabila penyanyi itu telah dibunuh.
Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie iaitu vokalis utama kumpulan Spoon dilaporkan hilang selama 10 hari. Pelbagai spekulasi timbul tetapi kehilangannya mula terjawab apabila pihak polis menjumpai mayatnya dalam sekarung guni.
Kes pembunuhan Along Spoon telah memakan masa selama 10 tahun untuk selesai.
Malah, keluarga juga mengalami kerugian kira-kira RM300K gara-gara panggilan palsu mengenai wang tebusan penculikan Along Spoon.
Menerusi laporan media baru-baru ini juga, bapa Allahyarham Along Spoon iaitu Shafiee Mohd Yusof, 75, mengaku sudah memaafkan individu disabitkan dengan kesalahan membunuh anaknya pada 26 Disember 1999, iaitu Mohamed Ya'cob Demyati yang juga bekas anggota polis.
Kawasan Sunyi & Hilang
5 Disember 1999
Along (mangsa) telah menaiki sebuah teksi bersama seorang anggota polis Lans Koperal Mohamed Ya’cob (suspek) menuju ke sebuah kawasan sunyi di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
Sepanjang perjalanan ke kawasan tersebut, berlaku perbalahan di antara mereka sehinggakan suspek menggunakan kekerasan fizikal dengan mengetuk kepala Along mangsa. Melihatkan kejadian itu, pemandu teksi meminta suspek untuk tidak mencederakan mangsa.
Suspek mengarahkan pemandu teksi untuk menghentikan kereta dengan alasan mahu membuang air kecil. Pada masa yang sama, suspek mengheret mangsa keluar dan meminta pemandu teksi untuk pergi meninggalkan mereka berdua di situ.
Pemandu tersebut meninggalkan mereka berdua di tepi jalan dan meneruskan perjalanan. Tetapi pemandu teksi berpatah kembali ke lokasi tersebut kerana berasa tidak sedap hati dan hanya melihat suspek sahaja yang berada di tepi jalan.
Mayat Dalam Guni
Suspek kemudiannya menaiki semula teksi dan meminta pemandu untuk menghantarnya pulang. Ketika pemandu teksi itu bertanyakan tentang mangsa, suspek bertindak untuk diam diri.
Setelah 10 hari mangsa menghilangkan diri, ada saksi yang membuat laporan mengatakan suspek merupakan orang terakhir bersamanya. Suspek kemudiannya ditangkap tetapi mangsa belum ditemui lokasinya.
Sejak kejadian itu, keluarga mangsa sering menerima panggilan telefon di mana mereka diminta menyediakan wang tebusan RM500K untuk melepaskan mangsa.
Polis kemudiannya mengesahkan ianya bukan kejadian culik, sebaliknya mangsa sudah dibunuh. Ketika itu, pasukan penyiasat mula menyoal siasat dan suspek memberitahu kisah sebenarnya.
“Mayat dia, saya isikan dalam guni telah saya campakkan tepi jalan dan saya setuju untuk tunjukkan tempat itu”, ujar suspek.
Polis terus bergerak ke lokasi kejadian dan menjumpai mayat mangsa yang sudah reput. Mangsa diikat seperti posisi janin dalam rahim dalam guni tersebut. Pihak forensik mendapati kematian mangsa disebabkan oleh jerutan pada leher.
Punca Pembunuhan
Berdasarkan pembunuhan ini, suspek membunuh mangsa disebabkan oleh cemburu yang menjadi punca motif pembunuhan. Ketika berada dalam teksi, suspek bertanyakan pada mangsa tentang hubungan sulit dengan isterinya.
Ini kerana suspek pernah melihat mangsa bersama isterinya dalam sebuah kereta. Walaupun dinafikan oleh mangsa, suspek menjadi berang dan mula bertindak agresif sehingga terjadinya pembunuhan kejam ini.
‘Time Frame’ Pembunuhan Along Spoon
#25 Disember 1999 – Along Spoon berusia 19 tahun dilaporan hilang.
#6 Januari 2000 – Selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui mayat mangsa dalam sekarung guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.
#7 Januari 2000 – Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan Along Spoon.
#19 Januari 2000 – Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh mangsa.
#10 April 2002 – Mahkamah Tinggi Seremban menjatuhi hukuman mati selepas mendapati suspek bersalah sepenuhnya dalam kejadian pembunuhan ini.
#29 September 2009 – Suspek membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap sabitan hukuman mati terhadapnya.
#2 November 2010 – Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan hukuman mati ke atas suspek yang diputuskan oleh Mahkamah Seremban pada 10 April 2002.
#16 November 2023 - Pesalah itu terlepas hukuman penjara sepanjang hayat selepas Mahkamah Persekutuan, Putrajaya meminda hukuman tersebut kepada penjara 33 tahun.
#Mahkamah menggantikan hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap pada 4 Januari 2000 beserta sebatan. Bagaimanapun, Mohamed Ya'acob terlepas hukuman sebatan kerana dia telah berusia lebih setengah abad.
#Peguamnya, Che Muji Che Noh berkata, Mohamed Ya’cob, 57, telah selesai menjalani hukuman 33 tahun bermula tarikh tangkap, 4 Januari 2000.
Must-Watch Video