,
Berita

Fahmi Peguam Baharu Ibu Bapa Zayn Rayyan

Gempak
05/06/2024
01:56 MYT
Peguam, Fahmi Abd Moin mengesahkan telah dilantik bagi mewakili ibu bapa kepada kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang direman selama tujuh hari, bagi membantu siasatan kes bunuh kanak-kanak terbabit.

Dilantik secara rasmi

"Ya betul, baru dilantik secara rasmi semalam," kata bekas Timbalan Pendakwa Raya itu, ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau juga akan hadir di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Jumaat ini, sekiranya pihak polis membuat permohonan untuk melanjutkan tempoh reman terhadap pasangan suami isteri itu.

BERITA TRENDING: Mahmud Sahkan Tidak Lagi Jadi Peguam Ibu Bapa Zayn Rayyan

Pada Sabtu lalu, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan pada Jumaat dan direman selama tujuh hari bermula Sabtu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Selain ibu bapa, polis baru-baru ini turut mengambil keterangan percakapan daripada bekas pengasuh kanak-kanak autisme tersebut.

BERITA TRENDING: Kes Zayn Rayyan: Pengasuh Bersama Dua Individu Dipanggil Polis

Sebelum ini, peguam, Mahmud Abdul Jumaat dilantik keluarga ibu bapa Zayn Rayyan selepas pasangan berusia 28 tahun itu ditahan polis di kediaman keluarga mereka di Puncak Alam.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan tiada komen lanjut berhubung situasi tersebut.
Namun begitu beliau mendoakan, perjalanan kes tersebut berjalan lancar mengikut proses undang-undang sedia ada.
Menurutnya, sebagai pengamal undang-undang, beliau menasihati semua pihak supaya menghormati proses undang-undang dan tidak membuat spekulasi liar mengenai kes berkenaan demi kebaikan bersama.

BERITA TRENDING: Risikan Dilakukan Selama 6 Bulan Sejak Hari Pertama Arwah Zayn Rayyan Didapati Meninggal Dunia

Pada 6 Disember tahun lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada jam 10 malam
Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk yang menjalankan operasi mencarinya.

BERITA TRENDING: Kes Pembunuhan Zayn Rayyan: Ibu Bapa Ditahan Reman 7 Hari - KP Selangor

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang di kawasan kediamannya sebelum ditemui terbaring di sungai yang jaraknya kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.
Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan akibat perbuatan jenayah.
Sumber: SINAR HARIAN
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Uyaina Arshad Tak Terkesan Netizen Petik Nama Bakal Disaman ‘Abang Bas’ - “Saya Cakap Berlandaskan Fakta, Nak Cakap Saya ‘Terpaling’…Terpulanglah”

gempak
19/09/2024
01:55 MYT
Pengacara dan pelakon Uyaina Arshad mengakui tidak terkesan dengan kecaman dan kritikan netizen yang dilemparkan terhadapnya susulan lantang bersuara dalam kes membabitkan ‘Abang Bas’ seperti yang tular beberapa hari lalu.
Berita

Gambar Bedah Siasat Zayn Rayyan Tular, Polis Tidak Maklum Perkembangan Siasatan

gempak
18/09/2024
05:27 MYT
Pihak pembelaan yang mewakili ibu bapa kanak-kanak autistik, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf masih belum menerima sebarang perkembangan terkini berhubung siasatan dijalankan terhadap kebocoran gambar bedah siasat di aplikasi Telegram sebelum ini.
Berita

Kes Zayn Rayyan: Nama Kekal Dalam Kertas Pertuduhan

gempak
18/09/2024
04:43 MYT
Nama Zayn Rayyan Abdul Matiin dikekalkan dalam kertas pertuduhan yang dihadapi ibu bapa kanak-kanak autistik itu.
Berita

Bicara Kes Zayn Rayyan: Mahkamah PJ Kembali Jadi Tumpuan

gempak
18/09/2024
02:25 MYT
Mahkamah Majistret Petaling Jaya kembali menjadi tumpuan petugas media bagi liputan perbicaraan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin, pada Rabu.
Hiburan

Caprice Bimbang Dengan Orang Yang Tetap Sokong ‘Abang Bas’? - “Bebas Tak Semestinya Tidak Buat Salah…”

gempak
18/09/2024
00:55 MYT
Penyanyi rap Caprice memberitahu individu yang dibebaskan selepas membayar jaminan bukanlah bermaksud tidak membuat kesalahan.