gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Elisya Sandha & Suami Sambut Hari Jadi Bunga Elhaq Sederhana, Penuh Ujian - “Mommy Luka Bernanah, Adik Baru Keluar Sebulan”
VIRAL
Lelaki Dikerat, Mayat Disimen Dan Sebahagian Daging Digoreng
KELUANG MAN
Teka-Teki Terjawab, Buat Masa Ini Naim Daniel Bukan Tiong Man
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Fadhli Masoot Kemalangan, Terima Enam Jahitan Di Bahagian Kelopak Mata - “Kereta Itu Masuk Simpang Secara Tiba-Tiba…”

gempak
Mya Amri
18/06/2025
00:58 MYT
Sponsor Banner
Fadhli Masoot Kemalangan, Terima Enam Jahitan Di Bahagian Kelopak Mata - “Kereta Itu Masuk Simpang Secara Tiba-Tiba…”
Pelakon filem Kahar: Kapla High Council iaitu Fadhli Masoot terlibat dalam kemalangan bersama dengan sebuah kereta pada Isnin.

Terima enam jahitan di kelopak mata

Kejadian tersebut berlaku ketika dia dalam perjalanan menuju ke rumahnya di Subang Jaya di mana sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita secara tiba-tiba memasuki simpang.
Menurut Fadhli, disebabkan kejadian itu, dia telah menerima enam jahitan dibahagian kelopak mata.

“Saya sedang menunggang motosikal dan jalan yang saya lalui itu pula lurus sahaja, insiden berlaku selepas ada sebuah kereta yang dipandu oleh seorang wanita masuk simpang secara tiba-tiba.“Saya kini berada dalam keadaan baik selepas mendapatkan rawatan, syukur tidak ada apa-apa kejadian serius cuma kena enam jahitan di bahagian kelopak mata.

“Kecederaan lain hanyalah muscle injury dan luka-luka melecet biasa. Saya juga telah selesai menbuat laporan polis dan kes itu kini berada dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Isteri menangis

Berkongsi lanjut mengenai kejadian itu, Fadhli berkata dia telah menghubungi isterinya, Suraya Eusoff sebelum dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Saya hubungi isteri dan dia terus datang ke tempat kejadian, kemudian bawa saya untuk mendapatkan rawatan di hospital.“Masa hari kejadian dia okay lagi, uruskan saya, tetapi sebaik sahaja tiba waktu malam dia menangis minta maaf.

“Sebab pada mulanya saya ajak dia dan tanya sama ada nak teman saya kemas rumah atau tidak, jadi kalau bawa dia kita naik kereta dan berkemungkinan tidak berlaku kejadian sebegini.
“Maka bila dia tak ikut, saya pun rancang untuk naik motor sahaja, jadi mungkin dia rasa serba salah, sebab itu dia menangis minta maaf.
“Sepanjang waktu siang dia elok sahaja, agaknya dia baru hadam apa yang berlaku sebab terkejut saya kemalangan,” jelasnya.
Setakat ini, kes kemalangan tersebut masih lagi dalam siasatan polis.
Topic Berkaitan
#Kemalangan
#Cedera
#Jahitan
#Fadhli Masoot
#Kahar Kapla High Council
Must-Watch Video