,
Laman Utama

Fadh Majid Beruntung Dapat 'Sentuhan' Ajai & Fedtri Yahya - "Tak Mungkin Mendua Tentang Kesetiaan Lelaki ..."

Amri Hassan
03/04/2021
07:55 MYT
Bintang Big Stage 2020, Fadh Majid muncul dengan single keduanya berjudul Tak Mungkin Mendua setahun selepas single pertamanya, Bukan Takdirku dilancarkan.
Lagu Tak Mungkin Mendua mendapat sentuhan komposer popular Ajai dan liriknya pula ditulis Fedtri Yahya.
Kata anak jati kelahiran Melaka ini, Tak Mungkin Mendua adalah sebuah karya yang menceritakan tentang kesetiaan seorang lelaki terhadap pasangannya yang lebih tahu menghargai dirinya jika dibandingkan cinta pertama beliau.
"Percintaan seumpama ini cukup sinonim dan seringkali terjadi dalam dunia nyata. Meskipun ia sebuah kisah klise, namun mesej positif terus diterapkan dimana pentingnya kesetiaan dan menghargai insan yang bersama kita tatkala susah atau senang," katanya.
Turut mengasah bakat dalam bidang lakonan, Fadh akui Big Stage 2020 memberikannya lebih banyak ruang menyerlahkan bakat. Peluang membintangi beberapa buat drama dan telemovie terbitan syarikat televisyen popular tempatan, merupakan satu pengalaman yang menyeronokkan buatnya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Todak Muzik, Encik Ikmal Fareeq berkata, Fadh Majid memiliki suara unik yang jarang-jarang ada di Malaysia. Itu adalah salah satu faktor utama kenapa Todak Music melamar beliau sebagai artis di bawah naungan Todak Music.
"Sebagai seorang yang sudah lama berkecimpung dalam industri muzik tanahair, saya mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap lagu ini, semestinya kerana ia sebuah karya sentuhan Ajai dan Fedtri Yahya. "Ditambah pula dengan gaya nyanyian Fadh Majid yang unik, bahkan berharap lagu ini dapat diterima semua dan mendapat sambutan hangat’," katanya.
Tambahan Encik Kamarul Arifin (Arul), Pengurus A&R Todak Muzik; "Lagu terbaru dari Fadh Majid kali ini sedikit berbeza dari biasa. Pemilihan genre kali ini diselitkan elemen fusion antarabangsa namun tetap mengekalkan melodi asal citarasa melayu agar tetap boleh diterima oleh pencinta muzik tempatan."
Tak Mungkin Mendua, kini boleh didengari di semua platform penstriman dan boleh dimuat turun menerusi Apple Muzik serta dijadikan nada dering di semua Telco. Lirik Video boleh ditonton menerusi saluran YouTube Todak Muzik.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Ajai Kongsi Video Hafiz Suip Bukan Sebab Nak Raih Perhatian - “Saya Tak Nampak Dia Nak Tinggalkan…”

gempak
17/09/2024
11:55 MYT
Penyanyi dan komposer terkenal, Ajai menjelaskan perkongsian video penyanyi Hafiz Suip sebelum ini bukanlah untuk meraih perhatian netizen.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ajai Ulas Kemenangan Farhan Mustapha - “Pada Awal Saya Tak Nampak Lagi Kekuatan Dia, Ia Betul-Betul Nampak Bila…”

gempak
16/09/2024
08:25 MYT
Juri Gimme The Mic Malaysia Ajai mengakui bukan mudah untuk menilai setiap peserta dan finalis yang bertanding.
Viral

Suami Isteri Tak Jadi Cerai Lepas Dengar Lagu Di Radio ERA - “Kami Dah Berbaik”

gempak
11/09/2024
14:25 MYT
Sepasang suami isteri membuat keputusan dengan memilih untuk tidak berpisah selepas mendengar lagu-lagu di radio ERA, baru-baru ini.