Hiburan

Fad Dedah Niat Nak Kahwin Dengan Syaheera Pernah Dapat Tentangan Jihan Muse - “Iyalah Waktu Itu…”

gempak
Asyikin Mayudin
07/12/2024
05:55 MYT
Sponsor Banner
Fad Dedah Niat Nak Kahwin Dengan Syaheera Pernah Dapat Tentangan Jihan Muse - “Iyalah Waktu Itu…”
Pelawak Fad Bocey berkongsi cabaran yang perlu ditempuh sebelum mendirikan rumah tangga dengan isterinya iaitu Nur Syaheera A. Rahman.

Dapat tentangan

Menerusi video yang dikongsikan semula di TikTok, Fad mendedahkan niatnya untuk berkahwin dengan Syaheera pernah mendapat tentangan daripada kakak isterinya yang juga pelawak Jihan Muse.

“Saya mendirikan rumah tangga pada usia 24 tahun dan sebenarnya ia mendapatkan tentangan daripada kakak dia, Jihan Muse.

“Tak adalah dapat tentangan apa pun, cuma iyalah waktu itu usia yang muda, tak ‘declare’ pun kami berkenalan tapi tahu-tahu nak masuk meminang anak orang,” katanya.

Kata semangat

Bagaimanapun, Fad tetap memberanikan diri dengan menghubungi keluarga Syaheera selepas mendapat semangat daripadas dua sahabat baiknya iaitu arwah Abam dan Achey.
“Tapi dua orang sahabat saya inilah iaitu Achey dan arwah Abam yang banyak bagi semangat. Mereka kata, ‘Benda baik, jalan ja la. Nak takut apa? Baguslah itu’.

“Saya pun beranikan diri telefon ibu ayah dia dan cakap yang nak masuk meminang Syaheera.

“Ibu ayah Syaheera pun suruh datang ke rumah bawa keluarga aku dan di sana diorang pun cakap, ‘Nak tunggu apa? Jalan saja’,” kongsinya lagi.
Untuk info, Fad mendirikan rumah tangga dengan Syaheera pada 14 Mac 2015 dan mereka dikurniakan lima orang cahaya mata termasuk pasangan kembar.
@anakbongsu94_ @KEDAI ACHEY KINTANG KINTUNG @FadBocey @Syaheera A Rahman @jih4nmuse #bocey #boceycomeback #acheykintangkintung #podcasts #syaheerarahman #jihanmuse #fyp #khawinmuda ♬ bunyi asal - ???? ??????
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024