,
Laman Utama

Fad Anuar Enggan Dibayangi Eman Manan - “Mahu Pun Anak Buah Sendiri, Tiada Toleransi”

Asyikin Mayudin
18/09/2023
07:50 MYT
Pelakon Fad Anuar mengambil pendekatan untuk tidak menggunakan nama bapa saudaranya, Eman Manan sebagai jalan pintas untuk menapak dalam industri seni tempatan.
Menjengah usia kerjaya enam tahun, Fad, bagaimanapun sentiasa ingat pesanan bapa saudarannya yang memintanya untuk mencari ilmu dalam bidang seni.
“Sebut mengenai Eman Manan, soal kerja tidak boleh bertolak ansur. Dari segi keluarga, mahu pun anak buah sendiri, tiada toleransi dari segi itu.
“Jadi pesannya, jika ingin berkecimpung dalam bidang seni, carilah ilmu dan cari apa yang patut untuk persiapkan diri.
“Semestinya saya sendiri tidak mahu memperdagangkan nama Eman Manan kerana jurang kami jauh berbeza. Nama Eman Manan sendiri dalam industri sudah besar dan mempunyai kredibiliti tersendiri.
“Eman adalah bapa saudara saya dan menjadi penasihat buat saya. Saya berjumpa dan berbincang dengannya mengenai cara pengembangan watak setiap kali saya menerima tawaran dan skrip untuk lakonan.
"Selain itu, dia juga adalah orang yang bertanggungjawab memberi nasihat kepada saya mengenai apa yang patut dan tidak patut dikongsikan di media sosial," katanya.
Sering dilihat sebagai pelakon aksi, Fad yang memiliki pengetahuan dalam seni bela diri silat sejak sekolah ingin menjadi pelakon serba boleh.
“Kalau boleh, saya nak jadi pelakon serba boleh. Tapi, mungkin orang lebih nampak bakat dan kemampuan saya lebih kepada watak dalam naskah aksi.
“Teringin juga hendak menjayakan watak komedi ringan dan cinta namun belum ditawarkan lagi buat masa ini. Jika ada peluang, saya ingin meneroka watak-watak begitu,” kata Fad.
Berkongsi mengenai perkembangan kerjaya, Fad diberikan tanggungjawab menjayakan watak Yakpat dalam filem Walid arahan Areel Abu Bakar.
Walid ditayangkan di pawagam bermula 14 September depan dan membariskan pelakon antaranya, Nam Ron, Megat Sharizal, Yusran Hashim, Qaseh Izwandy dan ramai lagi.
BACA SINI: “Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Legenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Hiburan

Pelakon Hollywood Nak Belajar Silat Dengan Fad Anuar - "Saya Tak Sangka Dia Follow IG Saya"

gempak
23/08/2024
02:55 MYT
Pelakon, Fad Anuar berkongsi dilamar pelakon Bad Boys 2, Dennis McDonald untuk mengajar seni persilatan bagi projek filemnya akan datang.
Hiburan

Eman Manan Tiada Alasan Hadkan Diri Untuk Berlakon, Syukur Diberi Kesihatan Baik – “Setakat Ini Tiada Ubat Yang Perlu Saya Makan”

gempak
14/08/2024
08:55 MYT
Pelakon legenda Eman Manan memaklumkan tiada keperluan untuk dirinya memperlahankan rentak kerjayanya apatah lagi ketika ketahanan fizikalnya tidak bermasalah.
Hiburan

"Saya & Fad Bukan Berdiam Diri Tapi Doa Dari Jauh" - Achey Rayu Hidayah & Ali Segera Berdamai, Bimbang Anak-Anak Tanam Sifat Benci

gempak
19/03/2024
01:55 MYT
Bukan berdiam diri! Tegas pelawak Achey yang pernah sekumpulan dengan Allahyarham Abam Bocey, dia mengharapkan kemelut antara Nor Hidayah dan Syed Ali Puteh diselesaikan dengan segera.
Laman Utama

“Aura Dia Lain Macam” - Pengarah Gerun Jumpa Legenda! Eman Manan Setuju Berlakon Rahsia Lepas Baca Skrip

gempak
13/08/2023
07:00 MYT
Eman Manan memang best!