HIBURAN
Eyka Farhana Bersiap Ketika Memasak Sebab…
Pelakon, Eyka Farhana menjawab persoalan netizen mengenai penampilannya ketika memasak hidangan makan malam untuk suaminya, Akyar Rashid yang tular baru-baru ini.
Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 30, video tersebut dirakam sejurus dia pulang dari kerja dan kebetulan sudah lewat untuk menyediakan hidangan.
"Saya memang suka masak cuma biasanya saya tak bersiap. Cuma hari tu saya baru balik kerja dan saya balik dah lambat sebab waktu dinner jadi dah alang-alang nampak cantik hari tu terus rekod untuk content.
“Sebab selalunya kalau saya balik saya akan mandi dahulu baru akan masak semua tapi kalau dah rushing, balik kerja lambat jadi saya akan terus masak sahaja,” katanya.
Mengulas lanjut, pelakon drama Budak Tebing itu berkata bukan setiap masa dia tampil bersiap ketika memasak malah banyak juga video memasaknya yang telah dimuat naik di media sosial.
"Tapi hari tu memang saya baru balik kerja tiadalah setiap masa saya nak masak saya nak bersiap.
"Kalau tengok video saya sebelum ini ada je video saya nampak bersiap semasa masak sebab baru balik kerja tapi ada juga yang saya duduk sehari dekat rumah dan nampak rambut saya serabut betul,” ujar Eyka.
Terdahulu, Eyka Farhana mencuri perhatian netizen selepas memuat naik sebuah video dirinya masak ayam masak kicap untuk suami tular di Instagram.
Menerusi perkongsian itu, aktres itu dilihat tampil bersahaja di dapur sambil menunjukkan langkah menyediakan hidangan tersebut.
Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah penampilan gaya rambut Eyka di dapur membuatkan ramai yang terpegun.
Must-Watch Video