,
Hiburan

The Experts, Filem Aksi Heist Yang Dinantikan 2024! Penonton Teruja Tengok ‘Trailer’ - “Pergh Dah Setandingan American Heist Movies”

Asyikin Mayudin
03/05/2024
05:55 MYT
Selepas filem Sheriff yang masih ditayangkan mendapat sambutan yang luar biasa, Astro Shaw bakal tampil dengan satu lagi karya agung menerusi filem The Experts.
Filem aksi heist, The Experts terbitan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures bersedia untuk temui penonton bermula 23 Mei depan di pawagam seluruh negara.
Filem arahan pengarah blockbuster Polis Evo 2, Andre Chiew bersama Nazim Shah pengarah filem J2: J Retribusi memperlihatkan gandingan pertama kali bintang-bintang hebat tanah air iaitu Datuk Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak dan Ray Dapdap sebagai lima beradik yang membuat perancangan terbesar untuk merompak.
The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar dan dipadatkan dengan elemen komersial, pasti mampu memberi keterujaan kepada penontonnya.

Penonton Teruja Lepas Tengok Trailer

Baru sahaja melancarkan trailer pada Selasa, ramai netizen dah mula tak sabar untuk menonton filem aksi heist yang sememangnya yang dinanti-nantikan 2024!
“Trailer dia padu siot… A+++, harap cerita dia tak mengecewakan la.
“Well, someone in Malaysia finally cut a good movie trailer.
“Oh The Experts trailer looks great already dan same producer as Polis Evo. Marilah tengok.
“Berdasarkan trailer The Experts tadi macam boleh pergi jauh ini.
“Pergh dah setanding American heist movies! Tak sabar nak tengok!” komen beberapa netizen.
Dalam pada itu, ada segelintir netizen juga tidak sabar untuk melihat lakonan Syafiq dalam The Experts.
“Aduh sebab dah tertengok Syafiq Kyle dalam Sheriff, dah nak kena tengok ni pula nanti,” komennya.

BERITA TRENDING: Tampil Dengan Iklan Eksklusif Menerusi ‘Operasi Fizz’, Peminat Juga Berpeluang Jumpa Pelakon Filem ‘The Experts’ Di Sesi…

BERITA TRENDING: Platform Untuk Merentasi Industri Lain, Kerjasama Filem The Experts Dengan Calpis Soda Jadi Tanda Aras

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Remy Ishak Dapat Datuk, Ashraf Muslim Terima Pingat

gempak
25/08/2024
11:21 MYT
Pelakon Remy Ishak bergelar Datuk selepas menerima darjah kebesaran Pangkuan Seri Melaka (DPSM) dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran telah dijalankan di Balai Istiadat Seri Negeri, Ayer Keroh pada Sabtu.
Filem

Tolong Pergi Tonton Takluk: Lahad Datu, Ini Bukan Filem ‘Cikai’ & ‘Action Story’ Yang ‘Superb’

gempak
24/08/2024
04:00 MYT
Setiap pelakon dilihat seperti bukan berlakon tetapi benar-benar menghayati ‘roh’ seorang wira yang sedang mempertahankan negara dengan sepenuh jiwa dan raga.
Berita

Kematian Nuraina Humaira, Remaja Lelaki 17 Tahun Ditahan Polis

gempak
18/08/2024
20:55 MYT
Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan, disyaki terbabit kes kematian kanak-kanak orang asli yang ditemukan di kawasan paya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu.
Hiburan

“Urusan Jodoh, Ajal & Maut Bukanlah Di Tangan Saya” - Mimi Lana

gempak
17/08/2024
09:55 MYT
Pelakon Mimi Lana tampil bersuara selepas hubungan percintaannya bersama aktor Syafiq Kyle kembali menjadi perbualan netizen.
Hiburan

“Saya & Mimi Mahu Fokus Karier Masing-Masing Dahulu Sebelum Melangkah Ke Arah Seterusnya” - Syafiq Kyle

gempak
15/08/2024
08:25 MYT
Pelakon Syafiq Kyle berkongsi perkembangan terkini mengenai hubungannya  bersama aktres Mimi Lana.