,
Hiburan

“This Is For Every Child In Malaysia” - Ismail Izzani Dilantik Duta Remaja UNICEF

Azwa Rahman
07/11/2019
09:56 MYT
Penyanyi Ismail Izzani melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai duta remaja Dana Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia.
Menerusi laman sosial Instagram, pihak UNICEF Malaysia berkongsi pengumuman tersebut untuk tatapan umum.
“Selamat datang ke dalam keluarga kami, Ismail Izzani sebagai Duta Remaja UNICEF,” tulis badan bukan kerajaan tersebut sebagai kapsyen.
Ismail turut menyambut baik peranan ini apabila mahu sama-sama membantu menyuarakan pendapat generasi muda.
“Saya akan bersuara bagi pihak kanak-kanak dan isu remaja. Saya tidak akan bercakap bagi pihak anda tetapi saya akan menguatkan suara anda semua,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Selain Ismail, Lisa Surihani terlebih dahulu terpilih sebagai duta UNICEF Malaysia pada tahun 2017.
Memuat naik sekeping foto bersama Ismail di laman Instagram miliknya, Lisa merasakan Ismail merupakan calon yang sesuai mewakili suara anak remaja berkaitan isu-isu berbangkit seperti buli dan masalah mental.
“Saya bangga dengan Ismail. Kami perlukan lebih ramai remaja seperti Ismail untuk menyatukan semua kanak-kanak dan remaja yang ada di Malaysia,” jelas Lisa di Instagramnya.
Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan maklum balas yang positif tentang perlantikan Ismail dan berharap dia dapat berbakti mewakili remaja Malaysia.
Lisa dan Ismail kini berada di SDG Summit Children’s Forum 2019 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ismail bersama Syida Melvin dan Intan Serah muncul dalam siri terbaru berjudul Curhat menerusi platform digital Gempak.
Saksikan kesemua episod penuh Curhat menerusi platform digital Gempak di Facebook Gempak, Instagram dan YouTube.
Curhat merupakan kisah inspirasi selebriti mengenai kehidupan mereka, kecekalan, ketabahan dan usaha yang dilakukan mereka sehingga mampu berada ditahap sekarang.
Curhat juga boleh ditonton di www.gempak.com/curhat.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Muaz Zabir Sifatkan Pakaian Sedondon Dengan Bella Astillah Sebagai 'Kebetulan' - "Kami Tak Pernah Merancang"

gempak
19/09/2024
07:25 MYT
Pelakon, Muaz Zabir menerangkan bahawa pakaian warna sedondon yang sering digayakannya bersama Bella Astillah hanyalah satu kebetulan.
Hiburan

"Fattah Amin Adalah Sebaik-Baik Manusia, Fazura Juga Begitu, Cuma…” - DJ Sonic

gempak
19/09/2024
05:25 MYT
Pengacara dan penyampai radio DJ Sonic berkongsi keperibadian pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin.
Hiburan

Isu Rumah Tangga Fattah & Fazura, Umie Aida Titip Nasihat - “Kita Semua Tak Perlu Masuk Campur”

gempak
16/09/2024
03:55 MYT
Isu rumah tangga antara pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura baru-baru ini menggemparkan industri hiburan dan telah mendapat perhatian ramai termasuk rakan-rakan artis.
Hiburan

Yusof Haslam Dedah Syamsul Yusof Rindu Masakan Ibu, Gembira Anak Balik Ke Pangkuan Keluarga - “Alhamdulillah…”

gempak
15/09/2024
02:03 MYT
Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam mendedahkan dirinya tidak mencampuri urusan perpisahan antara Syamsul Yusof dan bekas isteri, Ira Kazar.
Hiburan

Video Ucapan Birthday Anak Fattah & Fazura Buat Netizen Emosi, Ramai Doa Supaya Kembali Bersama

gempak
14/09/2024
11:55 MYT
Video ucapan istimewa anak kepada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-34 mencuri tumpuan netizen.