,
Hiburan

Esma Daniel Kenang Kembali Watak Anjang Aki - "Perjumpaan Dengan Lagenda Aktor Melayu Kerana..."

Badrul Hashim
25/11/2020
01:30 MYT
Sekitar 80an dan 90an, drama rantaian Anjang Aki menjadi pilihan keluarga sehinggakan nama asal pelakonnya ditukar dengan panggilan Anjang Aki.
Begitu berkesan sekali lakonan Datuk Baharuddin Haji Omar sebagai Anjang Aki hinggakan gelaran tersebut kekal ke hari ini.
Dalam satu entri di Instagram milik pelakon Esma Daniel, dia berkongsi kisah bertemu dan melawat pelakon tersebut.
"Dato Baharuddin Hj Omar aka Anjang Aki. Drama Anjang Aki pada sekitar 90an mengisahkan seorang tua yang dianggap tidak siuman, cuba disorok oleh orang kampung menjelang kunjungan YB ke kawasan mereka.
"Disebabkan khuatir imej kampung akan tercemar, orang kampung telah mengurung Anjang Aki dan dipenjarakan di bawah pokok di kampung mereka.Tanpa orang kampung mengetahui YB itu sendiri merupakan anak lelaki Anjang Aki yang telah berhijrah ke bandar tanpa kabar berita.
"Tujuan sebenar dia ke kampung itu adalah untuk menziarah orang tuanya iaitu Anjang Aki," kongsi Esma panjang lebar tentang drama Anjang Aki.
Tambah Esma lagi, pengisahan cerita tersebut membayangkan ianya berlaku di Hilir Perak sehinggakan ramai yang menyangka bahawa pelakon Anjang Aki tersebut berasal dari Perak.
"Premis kisah ini di Hilir Perak yang rata rata penonton mempercayai Dato Baharrudin Hj Omar berasal dari Negeri Perak. Ironinya dia sebenarnya berasal dari Selangor," tulis Esma.
Menurut Esma, perjumpaan bersama dengan Datuk Baharuddin adalah untuk melihat kesihatannya.
"Perjumpaan dengan lagenda aktor melayu ini setelah kesihatan beliau tidak mengizinkan untuk berkarya tetapi masih mempunyai ingatan yang kuat walaupun usia sudah menjangkau 84 tahun.
"Kami terharu apabila beliau begitu semangat untuk diberi peluang walaupun sedikit watak utk berlakun semula. Insyallah, mungkin ada rezeki Pak Anjang Aki nanti .. Amin," tulis Esma lagi.
Datuk Baharuddin pernah dimasukkan ke hospital akibat hilang keseimbangan badan dan turut muntah darah pada awal tahun 2017. Beliau yang mula aktif berlakon sejak tahun 1967 kini berusia 84 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

"Tiba-Tiba Muka Saya Senget, Tangan Kiri Tak Dapat ..." - Esma Daniel Kena Strok, Selamat Bedah Buang Darah Beku Di Otak

gempak
20/11/2023
07:27 MYT
Syafakallah.
Laman Utama

Akhiri Zaman Duda, Esma Daniel Selamat Bernikah Dengan Wanita Berusia 31 Tahun - “Sepatutnya ‘Ikat’ Selama Setahun Namun…”

gempak
21/05/2023
00:50 MYT
Tahniah!
Laman Utama

"Seriau Lalu Jalan Tebing, Kalau Jatuh Innalillah" - Pelakon Akira Khan Kongsi Cerita Di Pakistan

gempak
26/09/2022
12:15 MYT
Lokasi semua jauh-jauh...
Laman Utama

"Arwah Meninggal Bukan Sebab COVID-19" - Pelakon Veteran Anjang Aki Meninggal Dunia

gempak
24/07/2021
12:51 MYT
Al-Fatihah...
Berita

“Saya Buat Filem Ini Untuk Dia…”- Esma Daniel Mahu Realisasikan Idea Mangsa Nahas Helikopter, Mohd Irfan

gempak
09/11/2020
09:36 MYT
Esma Daniel tetap teruskan filem ketika bersama arwah