HIBURAN
Ernie Zakri Teruja Kolaborasi Dengan Dayang Nurfaizah & Anggi Marito, Jadi Pilihan Komposer Indonesia
Penyanyi bervokal mantap, Ernie Zakri terus mengukuhkan namanya dalam industri muzik apabila mengumumkan kolaborasi bersama penyanyi popular, Dayang Nurfaizah, menerusi lagu berjudul Nikmati Masanya.
Teruja duet bersama idola
Menurut Ernie, dia sangat terharu apabila dapat berkolaborasi bersama penyanyi yang menjadi idolanya sejak kecil lagi menerusi lagu hasil ciptaan komposer terkenal Indonesia, Tohpati dan Clara Riva itu.
“Siapa sangka... sejak kecil saya sudah menonton Dayang menyanyi. Berapa tahun kemudian... dia bersetuju dengan kerjasama ini. So.. manifest guys! Terima kasih ©dayangsayangkamu sebab sudi,” tulis Ernie gembira.
Berpadu suara dengan penyanyi wanita Indonesia
Pelantun lagu hits Masing-masing itu turut membuat kejutan dengan mengumumkan single duet baharu bersama penyanyi popular Indonesia, Anggi Marito.
Ernie berterima kasih kepada pelantun lagu Tak Segampang Itu yang sudi berkolaborasi bersama menerusi lagu berjudul Kisah Penuh Kecewa ciptaan komposer SEEK dan Clara Riva.
“Kisah Penuh Kecewa. Lagu ini jahat. Thank you Anggi Marito sudi nyanyi sama-sama,” ucap Ernie.
Ernie yang kini berada di Indonesia turut berkongsi beberapa momen eksklusif di Instagram (IG) ketika sesi rakaman di studio.
Pemenang trofi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu pada Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23) itu turut memberi bayangan akan muncul dengan beberapa buah lagi single baharu.
Antaranya termasuk karya ciptaan komposer terkenal Indonesia, Andi Rianto dan Ade Govinda.
ARTIKEL BERKAITAN: Momen Ernie Zakri Menangis Usai Konsert & Anuar Zain, Ziana Zain Tak Henti Puji Buat Ramai Tersentuh - “Untung Ada Sokongan Dari Keluarga”
ARTIKEL BERKAITAN: Aura Ernie Zakri Tetap Menyerlah, Bersinar
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Hilang Suara Di Konsert Aura Live In Concert, Tetap Pukau Peminat Dengan Vokal Luar Biasa – “Ini Titik Terendah Saya Sepanjang Karier”
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Dipilih Jadi Penyanyi Lagu Tema Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 – “Ini Momen Terbaik Yang Saya Kecapi”
ARTIKEL BERKAITAN: Ernie Zakri Menang Anugerah Pertama Di Indonesia, Lagu Masing Masing Dinobat Soundtrack Sinetron Paling Ngetop - “Rezeki Yang Luar Biasa”
ARTIKEL BERKAITAN: Suntik Elemen Retro, Ada Vibes Sheila Majid… Ernie Zakri Tampil Dengan Single Nostalgia Ciptaan Allan Andersn - “Ia Sangat Istimewa”
Must-Watch Video